Konon Nak Cuba Sendiri ‘Siakap Kayangan’, Tapi Lain Pula Yang Menjadi Perhatian!

    711

    Selepas seminggu tular mengenai ‘siakap kontroversi’ di media sosial, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) ‘menerjah’ restoran yang menghidangkan menu tersebut di Pulau Langkawi.

    Alang-alang melancong di pulau peranginan itu, beliau mengakui mahu merasai sendiri pengalaman menikmati menu berharga ‘kayangan’ seperti didakwa segelintir warganet. Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram, kedatangan DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman disambut mesra oleh pemilik restoran yang dikenali sebagai Norasyikin sekali gus memberi peluang bagi menjelaskan isu yang berlaku.

    Berdasarkan video berdurasi hampir 12 minit itu, beliau dibawa melihat sekitar kolam ikan pameran sebelum memilih siakap seberat 1.5 kilogram yang menjadi hidangan utama serta beberapa lagi menu lain. Penyanyi lagu I Am Me itu berkata, harga RM918 dibayarnya adalah berbaloi dengan pelbagai hidangan yang sedap dijamah apatah lagi dengan pemandangan indah alam semula jadi.

    “Saya harap tidak berlaku lagi kata mengata, tohmahan, andaian atau tuduhan mengatakan tuan kedai cekik darah. Saya makan habis beratus-ratus memang berbaloi, dengan rasa sedap dan keadaan persekitaran yang cantik. Nak berniaga dalam hutan ni, ingat pelanggan ramai datang?,” katanya.

    Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya tindakan murni ibu kepada dua orang cahaya mata itu yang sentiasa menyokong bisnes peniaga selain memuji kelazatan setelah ‘rambang mata’ melihat menu hidangan di restoran berkenaan. Terdahulu, DSV menyatakan hasrat mahu membayarkan semula bil hidangan ‘mangsa’ yang terlibat namun difahamkan mereka menolak secara baik sekali gus dapat membantu insan lebih memerlukan.

    Sumber: Instagram Datuk Seri Vida

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here