Kronologi Kejadian Sebenar Pemergian Kapten Affendi Ketika Sedang Latihan ‘Night Flying’. Perkongsian Di FB Undang Sebak!

    634

    Seperti yang kita tahu, sebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah disahkan terhe.mpas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang malam semalam ketika melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying).

    Nahas pesawat pejuang itu telah mengorbankan seorang juruterbang TUDM, Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala seorang lagi dilaporkan ceder.a dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya. Pemergian Allahyarham Kapten Affendi turut mendapat penghormatan dari rakyat Malaysia termasuk Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan cukup dirasai keluarga serta sahabat terdekat.

    Melalui sebuah hantaran di laman Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Aman Nazman ini turut memberi penghargaan terakhir untuk sahabat yang sangat dikaguminya iaitu Allahyarham Kapten Affendi. Ikuti perkongsian Aman Nazman di bawah ini.

    Ser.am sejuk dibuatnya dapat perkhabaran Kapten Affendi Bustamy TUDM telah pergi buat selama-lamanya. Pemergian pula ketika dalam melaksanakan tugas penerbangan dimalam hari, sungguh cem.buru. Banyak kenangan yang terimbau sejak sama-sama melapor di Pangkalan Udara Butterworth. Terdetik nak tengok kembali status-status Tuan, walaupun ringkas tapi penuh motivasi. Semoga ro.h Tuan dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

    Dalam hantaran yang sama, Aman turut memuatnaik beberapa tangkapan skrin dari hantaran ringkas tapi penuh bermakna dari Facebook Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang ditulis semasa hayatnya. Bercakap mengenai sifat Allahyarham, Aman Nazman ketika dihubungi berkata, a.rwah sangat baik dan bermotivasi sepanjang dia mengenali juruterbang tersebut sejak sama-sama melapor di Pangkalan Udara Butterworth.

    “Beliau adalah senior saya, kami sama-sama melapor berkhidmat di PU (Pangkalan Udara) Butterworth. Arwah memang baik orangnya. Sangat bermotivasi,” katanya yang ketika ini telah bertukar dan berkhidmat di Kolej Tentera Udara Alor Setar.

    Takz.iah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas pesawat pejuang Hawk 108 TUDM semalam. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

    Sumber: Facebook Aman Nazman

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here