Kronologi Kejadian Yang Menarik Perhatian Ramai, Ini Kejadian Penuh Yang Terjadi Pada Adik Alisha!

    518

    Tidak dapat dibayangkan kesedihan yang dilalui ahli keluarga murid maut dilanggar van, Nur Alisha Safiya, apabila dalam masa 48 jam mereka kehilangan seorang lagi insan tersayang.

    Memetik laporan Harian Metro, Mahani Hamid iaitu nenek kepada Nur Alisha berkata, pada pukul 4 pagi tadi suaminya pula meninggal dunia. Suaminya, Saad Hashim menghidap kencing manis sejak 10 tahun lalu.

    Hilang dua orang tersayang dalam masa 48 jam sememangnya sesuatu yang menyedihkan, namun terpaksa menerima hakikatnya walaupun berat untuknya. Menurut Mahani, kehilangan dua insan tersayang ini memang berat untuk diterima. Tambahan pula kini dia sudah hilang tempat mengadu.

    Semalam, saya menziarahi cucu yang meninggal dunia akibat kemalangan di langgar van sekolah dan hari ini suami pula meninggalkan kami buat selama-lamanya. Mahani sempat menatap wajah cucu sebelum disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, namun tidak mengiringi jenazah ke perkuburan kerana teringatkan suami di rumah.

    Anak keempat Mahani, Anom Suhana pula berkata, dia tidak menyangka ajakan ibu untuk dia pulang ke kampung selepas menziarahi Alisha adalah untuk bertemu ayah buat kali terakhir. Ketika sampai di kampung arwah ayah kelihatan seperti biasa, manakala pada 4 pagi ibu memaklumkan ayah sudah meninggal dunia.

    Mereka walau bagaimanapun reda kehilangan dua ahli keluarga dalam tempoh 48 jam. Jenazah akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Keratong 4 dan 5 Bandar Tun Razak, Pahang. Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dilanggar sebuah van sebaik sahaja turun dari kenderaan itu.

    Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat turun dari van berkenaan dan berjalan di hadapan van sebelum dirempuh. Terbaru, Kosmo! melaporkan pemandu van wanita berusia 31 tahun yang ditahan semalam telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian dan pemandu itu telah diambil keterangan. Berdasarkan siasatan awal, pemandu tersebut mempunyai lesen memandu yang sah. Van juga dilengkapi cukai jalan. Apapun Semoga adik Alisha tenang disana dan Al-Fatihah buat keluarga mangsa.

    Kredit: Harian Metro

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here