Selepas Lama Berdiam Diri, Caprice Akhirnya Cerita Kenapa Farra Inalis Menjadi Pilihan. Tapi Lain Pula Yang Jadi Perhatian!

    248

    Perkahwinan penyanyi rap sensasi, Ariz Ramli, dengan seorang ibu tunggal anak satu iaitu Farra Inalis Hussni bukan lagi rahsia. Biarpun sudah masuk hari ketiga pasangan ini bergelar suami isteri namun masih menjadi bualan wargamaya di media sosial. Ketika dihubungi, Ariz menyatakan soal jodoh merupakan sebahagian ketentuan dan takdir daripada Allah SWT yang tidak diketahui oleh mana-mana manusia.

    Ditanya responnya apabila netizen lebih fokus kepada status janda yang dipegang isterinya sebelum dinikahi, Ariz, 33, berkata individu masa sekarang harus mengubah cara pemikiran. Tegasnya, tidak ada salah atau cela apabila anak teruna berkahwin dengan janda.

    Kita tak pernah pilih pasangan atau kawan dari segi dia punya masa lalu. Kebetulan orang yang kita suka dan orang yang paling banyak pandai nasihat dan jaga kita adalah seorang single-parent. Netizen ada hak nak fokus apa-apa sahaja. Terpulang.. Masing-masing ada jodoh. Itu rahsia Tuhan. Ramai yang soal kenapa ibu tunggal? Bagi saya, kena ubah pemikiran terhadap ibu tunggal. Tidak ada yang salah!

    Saya sebenarnya bertuah kerana telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun. Aleesya seorang kanak-kanak yang bijak dan sangat cepat untuk memahami kami. Dalam pada itu, sempat diselit mengenai isu yang terpalit pada penyanyi Lenglui pada tahun 2009 yang diungkit semula oleh netizen di laman Twitter sejurus selepas mengetahui isterinya berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang iaitu Kelantan.

    Bercerita mengenai hubungannya dengan anak tiri, Aleesya Sofea, Ariz akui mereka mempunyai hubungan yang rapat. Katanya lagi, Aleesya pernah memanggil dirinya dengan panggilan ‘Abang Bro Caprice’. Ya, saya sangat rapat dengan Alessya. Dia panggil saya daddy. Tapi bila dia nak kacau saya dia panggil ‘Abang Bro Caprice’. Pernah satu hari tu dia tiba-tiba panggil saya dengan panggilan itu. Sebelum mengakhiri perbualan, Ariz memberitahu dia dan Inalis tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis resepsi dalam masa terdekat.

    Pada Isnin lalu, foto perkahwinan pasangan ini tular selepas dikongsikan oleh seorang individu bernama Yasser Khan di Instagram Stories. Hantaran berkenaaan turut dikongsikan semula oleh penyanyi yang juga anggota kumpulan DeFam, Azira Shafinaz.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here