Seterika Tiada Di Homestay, Cara Suami Ni Usaha Untuk Licinkan Tudung Isteri Jadi Perhatian!

    377

    Menjadi satu masalah besar buat kaum wanita yang berhijab apabila mana-mana tempat yang mereka menginap tidak mempunyai seterika. Lebih-lebih lagi jika mahu menggunakan segera kerana jika keluar dengan tuding tidak menjadi, pasti mood bergembira bakal hilang.

    Hal ini samalah yang dirasai seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @eja2110 apabila homestay yang diduduki bersama keluarga tidak menyediakan seterika dan kaunter pertanyaan juga tutup memandangkan sudah malam.

    Jadi, bagi mengelakkan tudung sang isteri tidak menjadi apabila keluar nanti, suami kepada pengguna TikTok itu telah mengunakan alternatif lain untuk melicinkan tudung @eja2110.

    Dapat dilihat suaminya telah memanaskan air dan melalukan tudung dipermukaan cerek untuk memastikan kawasan yang mempunyai garisan terkena wap panas dari air yang di dalam cerek tersebut. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mengakui yang mereka juga baru mengetahui cara tersebut boleh membantu untuk melicinkan tudung atau pakaian.

    Mereka juga turut memuji tindakan sweet suami pengguna TikTok itu yang memastikan tudung isterinya tetap menjadi ketika sedang menikmati percutian. Korang boleh tengok video dekat telegram kami.

    Sumber: TikTok @eja2110

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here