Suami ‘Ghaib’ Lepas Hantar ‘Voice’ Menangis , Rupanya Ini Yang Terjadi Padanya!

    187

    Katanya sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, seorang isteri panik teruk setelah suaminya menghantar mesej voice note yang cukup mendebarkan. Kedengaran lelaki berkenaan seolah-olah menangis dalam keadaan takut, namun lokasi sebenar keberadaannya terus menimbulkan tanda tanya. Berdasarkan rakaman suara itu, sepertinya dia terperangkap di kawasan sungai atau hutan.

    Tidak menunggu lama, si isteri yang kerisauan lantas membuat laporan polis. Kejadian yang berlaku di negara seberang ini menimbulkan kekecohan sehingga memaksa pelbagai pasukan penyelamat membuat misi mencari secara besar-besaran. Bukan sahaja menggunakan anjing pengesan, malahan sekelompok bomoh juga dikatakan mengambil kesempatan menyertai pencarian misteri terbabit.

    Kali terakhir dikesan berada di kawasan jurang yang katanya ‘angker’, ramai percaya lelaki bernama Yana Supriatna ini ghaib selama 2 hari kerana disorok oleh entiti misteri. Gagal dihubungi selepas menunaikan solat Maghrib, dia juga dikhuatiri terjerat sebagai tebusan penjenayah jahat.

    Pun begitu, 1 negara Indonesia kesal kerana semua itu hanyalah prank semata-mata. Rakaman suara yang dihantar cumalah berniat mengusik, namun tidak sangka si isteri menganggap serius hingga melibatkan pihak polis. Sebelum ini juga, hanya motosikalnya sahaja yang berjaya ditemui dalam keadaan rosak dan terbiar sehingga mencetuskan kecurigaan.

    Rupanya dia telah menaiki sebuah kereta lain untuk menuju ke lokasi di mana isteri mudanya berada. Menyerahkan diri ke balai kerana sudah membuat onar yang sangat besar, pihak berkuasa juga secara rasminya menutupi laporan dan misi pencarian.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here