Tempat Percutian Kini Paling ‘Trending’ Hujung Tahun 2021 Ni! Patut Ramai Yang Berebut Nak Pergi…

    420

    Selepas hampir 2 Tahun kita dilanda dengan pandemik C19, selain ramai yang terkesan dengan keadaan yang melanda, ramai juga yang tertekan dek kerana rindukan keluarga serta ada juga tertekan dengan kehilangan kerja dan terkurung.

    Selepas kerajaan umumkan rentas negeri dan daerah ramai yang tak lepaskan peluang untuk bawa keluarga pergi bercuti dan balik kampung bertemu orang2 tersayang.

    Ada 5 tempat paling paling viral yang wajib buat korang taknak balik punya.

    1.Cameron Highland Flora Park

     

    Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highlands, destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan.

    Dikenali sebagai Flora Park Cameron Highlands, ia terletak berdekatan dengan Kea Farm. Anda akan disajikan dengan pemandangan bunga yang mekar indah.

    Setiap sudut di taman bunga ini sangat memukau dan sesuai untuk anda yang mencari ketenangan serta mahu bergambar. Lebih menarik lagi, anda  boleh makan di sini ala-ala ‘picnic’.

    2.Grand Lexis Port Dickson

    Baiklah , Kalini abam story pasai Premium Pool Villa yg terletak di Lexis Hibiscus Port Dickson . Lexis Hibiscus ni adalah Lexis TERBARU antara Lexis2 lain . So bentuk dia lebih canggih dan lawa

    So kalau korg tgk nama dia pun tau iaitu Hibiscus , So chalet2 atas air tu adalah dibentuk seperti bunga raya .

    So Bilik Premium Pool ni adalah berada atas air . So korang mmg kalau bukak sliding tu , berdesup2 udara bayu laut . Yg lagi best sbb pool dia ada dalam setiap unit .

    Sebelah pool ada sauna . Bilik dia Luas !!! Siap ada 2 katil King . Kalau nk masuk 4 Adult 2 Kids no hal .

    Kalau nak ikut harga biasa mana dpt RM628 .

    Ini antara bilik yg mewah dah meleetoppp . Sesuai sgt kalau nk bawa fsmily atau BFF gathering

    3.Mangrove Tour Langkawi

    Selalu pelancong yg dtg bercuti di Pulau Langkawi..hampir kebanyaknya berfikiran Pulau Peranginan hanyalah  sinonim dgn   shopping ,  pantai , minyak gamat dan kain batik.

    Secara jujur di sini antara destinasi yang sangat memberi pendedahan tentang alam semula jadi…rasailah…keindahan alam semula jadi sperti (paya bakau,melihat secara dekat burung helang mahupun monyet.

    Gua Kelawar pulak mempunyai keunikan permukaan batu batu yg cukup unik ..Sangkar ikan pulak anda boleh lihat secara dekat  ikan sumpit yg boleh menyumpit air dari mulutnya … utk menjatuhkan cebisan roti yg dilekatkan permukaan kayu yg berada jauh dari ikan tersebut !!! (Luar biasa).untuk dimakan.Jgn risau pemandu arah akan tujukan berbagai jenis..ikan…yg mempunyai keunikan tersendiri

    Tidak hairan la…begitu ramai Sutradara..Perfileman di Dalam Negara..mahupun di Luar Negara…menjadikan kawasan Mangrove Tour Langkawi sebagai destinasi…Rakaman filem mahupun drama..untuk ditayangkan kepada umum.

    4.Chalet Su, Terengganu

     

    Terletak hanyalah 15 minit dari bandaraya Kuala Terengganu adalah sebuah penginapan menarik dalam harga bajet, Chalet Su. Siapa kata untuk dapatkan penginapan yang best perlu keluarkan belanja yang banyak?

    Chalet ini menyediakan sebanyak 12 buah bilik penginapan dan juga sebuah homestay yang kesemuanya menyajikan pemandangan lautan biru. Tahap keselesaan, kebersihan dan kemudahannya cukup tip-top!

    Antara kemudahan yang disediakan untuk para penginap adalah ruang bbq, pantry, tempat meletak kereta dan pondok-pondok rehat.

    Dah puas bersantai di chalet? Anda boleh juga merancang untuk ke Pulau Kapas yang terletak hanyalah 10 minit dari chalet ini.

    5.Casa Loma, Pahang

    Suasana yang damai penuh dengan kehijauan pokok dan tanaman warna-warni bungaan yang mekar dapat anda nikmati setiap kali melangkah keluar dari bilik, inilah yang dapat anda rasai sepanjang penginapan di Casa Loma.

    Sementara itu, bilik penginapannya pula, cukup luas untuk keselesaan penginapan bersama keluarga. Ia juga lengkap dengan ruang balkoni peribadi untuk anda menikmati udara segar Cameron dan pemandangan mendamaikan jiwa dalam suasana penuh privasi. Pendek kata, anda dapat menikmati suasana penginapan umpama sebuah hotel bertaraf 5 bintang dalam harga bajet.

    Kedudukannya, cukup strategik, mudah untuk anda ke kawasan pekan dan kedai-kedai berdekatan yang hanyalah kurang 10 minit berjalan kaki dari sini.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here