[VIDEO] Jihan Dan Sherry Buat Video Parodi, Tapi Lain Pula Yang Terjadi Bila ‘Part’ Last Seakan2 Ada…

    566

    Siapa sahaja yang tidak mengenali Jihan Muse. Cukup berbakat sebagai seorang pelakon, pengacara dan juga pelawak. Malah namanya juga cukup sinonim dalam segmen Parodi Meletop yang sering membuatkan penonton tidak kering gusi menyaksikan telatahnya.

    Malah baru-baru pula viral di Tiktok gara-gara Jihan dan Sherry berganding bahu menghasilkan satu video parodi bagi rancangan tersebut. Dalam rakaman tersebut Jihan Muse dan Sherry membuat parodi dua kanak-kanak yang pernah tular beberapa tahun lalu gara-gara terkejut mendengar guruh ketika sedang asyik menyanyi. Berikut adalah rakaman dua kanak-kanak yang pernah tular itu:

    Bagaimanapun versi Jihan Muse dan Sherry ini sedikit berbeza yang mana suntingan klip video dari filem Munafik turut diselitkan. Berikut adalah perkongsian rakaman Jihan dan Sherry buat hal dalam Parodi.

    Memang buat hal betul! Sama pula dengan gaya dua kanak-kanak perempuan dari video viral tersebut. Apa-apa pun perkongsian semula rakaman tersebut di TikTok ini telah meraih lebih 700 ribu tontonan dan 100 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut.

    Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut. Apa pun tujuan video parodi itu dibuat bukan untuk mengaibkan sesiapa. Sekadar hiburan buat kita semua. Korang jangan serius sangat tau!

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here