[VIDEO]Dah bayar RM12k, Tapi Gadis Ni Terkejut Bila Tengok Kereta Dihantar Tinggal Rangka!

    449

    Hati siapa yang tak sedih bila tengok kereta kesayangan jadi sebaliknya. Luahan seorang gadis apabila melihat kereta miliknya yang dihantar ke sebuah bengkel di Johor Bahru hampir ‘jahanam’ selepas melakukan terjahan bersama rakannya baru-baru ini.

    Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, Ain Jeman berkata dia menghantar kereta dipercayai Proton Wira itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dengan membayar sejumlah wang RM12,000 secara ansuran.

    “Ya Allah, menggigil tahan marah & sedih tengok kereta macam ini, banyak kali telefon, banyak alasan yang dibagi, hari ini nekad terjah bengkel dia. Luluhnya hati aku,” tulisnya dalam video tersebut.

    Video berdurasi seminit enam saat saat itu memaparkan keadaan keretanya hanya tinggal ‘rangka’ yang tersadai bersama beberapa kenderaan lain. Bercerita lanjut, Ain mendakwa mekanik bengkel terbabit sering memberikan pelbagai alasan setiap kali dia mahu melihat perkembangan mengenai keretanya.

    “Bila saya WhatsApp, baru dia reply tapi tak memuaskan hati. Bila tanya kereta macam mana, dah siap ke? Ada sahaja alasan diberi. Bila orang minta gambar atau video, mula la kata orang tak percaya dia.

    “Dia kata kalau nak kereta tu tiptop, cantik, biar lambat. Hari ni saya nekad pergi sana.. bila tengok dalam kereta, hancur hati saya dan hilang kata-kata,” katanya yang juga seorang jururawat.

    Mengakui kurang mengetahui selok-belok di Johor Bahru kerana berasal dari Selangor, gadis berkenaan meminta pendapat orang ramai bagi mencari jalan penyelesaian setelah mengalami kerugian ribuan ringgit. Duit habis, kereta pun melayang. Pengajaran di sini, jangan mudah percayakan orang! Tak pasal-pasal kena ‘game’, dah la tak ramai kenalan di tempat orang.

    Sumber: TikTok @ain_jeman

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here