3 Tahun Bersma, Fizi Ali Dan Shakilla Khoriri ‘Berpisah’. Ini Penjelasan Fizi Ali!

    423

    Tiada angin tiada ribut, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali pada Rabu memaklumkan dia dan pelakon Syakilla Khoriri mengambil keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun hidup bersama. Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 32, yang berkongsi berita duka itu di Instagram berkata, keputusan untuk membawa haluan masing-masing itu diambil secara sepakat.

    “Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum semua… Maaf kepada mereka yang tertanya-tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni. Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing,” ujarnya. Dalam pada itu Fizi berkata, dia dan Shakilla akan membesarkan anak mereka Ameena, 2, bersama-sama dan memberi kasih sayang sepenuhnya.

    Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi. Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi. Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai di sini.

    Pasangan ini dikurnia seorang anak perempuan Ameena yang berusia dua tahun. Terima kasih atas doa kalian sebelum ini dan mohon doa untuk kami bertiga meneruskan perjalanan yang panjang ini dengan penuh reda. Insya Allah semoga doa yang baik-baik ini akan kembali ke kalian semua juga. Minta maaf dan terima kasih,” ujarnya.

    Fizi berkahwin dengan Shakilla, 32, pada 18 Februari 2018 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here