Allahuakbar! Pemuda Lemaas Sehari Sebelum Majlis Sanding Ditemui!

    279

    Bencana banjir yang sudah berlarutan sejak tiga empat hari kebelakangan ini di sesetengah tempat telahpun mengorbankan beberapa nyawa.

    Kebanyakan daripada kes kematian yang dilaporkan berpunca kerana lemas dan dibawa arus banjir yang deras. Hal ini samalah seperti seorang pemuda yang dikhuatiri lemas tempoh hari selepas dihanyutkan air banjir di Sungai Labu.

    Katanya nak selamatkan baju pengantin
    Muhammad Syafiq yang baru sahaja bernikah pada 12 Disember yang lalu sepatutnya melangsungkan persandingan pada 19 Disember namun lemas sebelum majlis.

    Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, salah seorang ahli keluarga mangsa telah meminta orang ramai mendoakan agar mangsa ditemui dan perkara tersebut dimuat naik oleh pereka fesyen terkenal Malaysia selepas individu tersebut menghantar mesej di Instagram.

    Jurugambar pelik mesej tak berbalas
    Dalam mesej berkenaan, individu tersebut memaklumkan yang mangsa (Muhammad Syafiq) merupakan anak buahnya. Dia sepatutnya bersanding pada hari ini (semalam) namun majlis berkenaan tidak dapat dilakukan kerana mangsa lemas ketika ingin menyelamatkan baju pengantinnya.

    Hal tersebut juga diakui sendiri oleh jurugambar untuk majlis perkahwinan lelaki tersebut apabila menyatakan yang hantaran mesej di aplikasi WhatsApp kepada mangsa tidak berbalas sedangkan sebelum ini cepat tidak sebegitu.

    Pemilik Twitter yang dikenali @triizphoto itu memaklumkan yang ketika dia sampai ke lokasi persandingan, dia telah didatangi makcik kepada mangsa dengan memberitahu yang pengantin lelaki lemas.

    Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian terkini KLIA United, mayat Muhammad Syafiq diberitahu sudah ditemui di Sungai Labu. Setakat ini jenazah telah dibawa ke Hospital Sepang untuk tindakan lanjut.

    Muhammad Syafiq yang merupakan penduduk Kampung Baharu Lanjut, Sepang baru sahaja bernikah pada 12 Disember 2021 sebelum dihuatiri lemas pada 18 Disember 2021 iaitu sehari sebelum dia melangsungkan persandingan.

    Sumber: Twitter @triizphoto, Facebook KLIA United

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here