DSV Cari Pembantu Peribadi Lelaki, Wajib Hansome, Gaji RM10K!

    462

    Tindakan penyanyi dan jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) membuka jawatan kosong bagi mencari pembantu peribadi atau personal assistant (PA) mengundang perhatian netizen.

    Menerusi satu pengiklanan di laman Instagram, pemilik nama Hasmiza Othman itu turut menyertakan syarat dikehendaki iaitu lelaki bujang yang berusia antara 25 hingga 30 tahun dan memiliki wajah tampan.

    Difahamkan, penyanyi lagu I Am Me itu menawarkan gaji sebanyak RM10,000 untuk jawatan itu yang pasti memikul tanggungjawab besar sebagai ‘orang kuat’ jutawan kosmetik tersebut.

    Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh mengenai syarat yang ditetapkan DSV selain menyatakan hasrat untuk bekerja di bawah syarikatnya dipercayai di Ipoh, Perak.

    Malah, tidak kurang juga terdapat individu mempersoalkan sekiranya beliau mencari pekerja atau bakal suami selepas melalui kisah percintaan yang tidak kesampaian dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli.

    Sebelum ini, kisah DSV dan Iqbal ‘menghasilkan’ pelbagai episod di media sosial sebelum kedua-duanya kini dilihat sudah mula ‘move on’ dan membawa haluan masing-masing.

    Sumber: Instagram DSV

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here