Firdaus Wong Harap Surau Dan Masjid Dapat Diimarahkan, Jika Penyokong Bola Sepak Boleh Duduk Rapat!

    325

    Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerusi satu hantaran di laman Instagram tampil bersuara agar saf di masjid dan surau dapat kembali dipenuhkan seperti situasi di dalam stadium ketika perlawanan piala Malaysia tempoh hari. Piala Malaysia 2021 yang berlangsung Selasa lalu antara Kuala Lumpur City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi bualan ramai apabila tular foto dimana kebanyakan penonton yang hadir didakwa tidak mengikut SOP sepenuhnya.

    Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Firdaus Wong yang memohon agar saf di surau dan masjid juga dapat dirapatkan seperti keadaan di dalam stadium.

    Saya berharap agar surau & masjid dapat diimarahkan, saf dirapatkan sebagaimana penyokong bolasepak boleh duduk rapat-rapat, penumpang bas & penumpang kapalterbang boleh duduk sebelah menyebelah. Menurutnya lagi, dia hanya berkongsikan suara hatinya sahaja namun para ulama lebih tahu mana yang lebih baik berhubung perkara itu.

    Para alim ulamak lebih tahu fiqh keutamaan. Saya yang marhaen hanya kongsikan suara hati diri ini. Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut menyokong pendapat pendakwah bebas itu serta memohon pihak berkenaan mengkaji semula SOP untuk surau dan masjid.

    Sumber: Firdaus Wong Wai Hung

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here