[FOTO] Sekitar Majlis Perkahwinan Uqasha Dan Kamal Adli!

    379

    Selepas sebulan berahsia, selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose berkongsi berita gembira apabila mereka sudah bergelar pasangan suami isteri pada 5 November lalu. Uqasha, 29, selamat bergelar isteri Kamal, 35, dengan dua kali lafaz di dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang.

    Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi. Pada majlis bertemakan dalam taman itu, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli menyerahkan wang tunai RM22.50 sebagai mas kahwin. Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen menerima sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak Kamal. Pasangan sama cantik sama padan ini memilih untuk menunaikan ibadah umrah sebagai destinasi bulan madu.

    Ketika ditemui, Kamal dan Uqasha menyatakan mereka tidak ada niat untuk merahsiakan kepada orang ramai mengenai majlis perkahwinan mereka. Alhamdulillah, kami sudah bernikah akhirnya. Selepas beberapa kali perancangan tertunda kerana situasi semasa pandemik COVID-19, ia akhirnya dipermudahkan.

    Hanya 100 orang saja tetamu yang hadir. Terima kasih juga kepada ahli keluarga kami yang menghormati permintaan kami kerana terikat dengan hak eksklusif Astro untuk perkahwinan ini. Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.

    Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad. Pasangan tersebut yang melangsungkan pertunangan pada April lalu sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah dan tiga buah majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka, namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan virus Covid-19 yang semakin menular.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here