Hari Bahagia Bertukar, Majlis Kahwin Guna ‘Bunga Api’ Untuk Bagi Meriah, Tapi Lain Pula Yang Jadi!

    442

    Majlis perkahwinan lazimnya akan dirancang dengan penuh teliti bagi memastikan segala aturcara yang telah dirancang itu berjalan dengan lancar. Tetapi jika terlalu fikirkan keadaan yang meriah tapi tidak pula memikirkan kesan yang terjadi juga tak boleh juga.

    Begitulah yang terjadi baru-baru ini pada satu pasangan ini. Pasangan ini telah tular di media sosial hanya kerana inginkan kelainan dalam majlis perkahwinannya. Namun lain pula ceritanya pada pasangan ini, apabila hari bahagia tersebut bertukar menjadi trag.edi yang pastinya akan tersemat dalam ingatan pengantin serta tetamu yang hadir pada majlis tersebut.

    Video tular yang dimuat naik oleh akaun TikTok bernama @pestamoi itu memaparkan majlis perkahwinan yang dilangsungkan di dalam dewan sambil dimeriahkan dengan nyal.aan bunga a.pi. Tetapi keadaan menjadi kela.m kabu.t bila selepas bunga a.pi itu dinyalakan. Kemeriahan tersebut bertukar menjadi sebuah tra.gedi apabila percikan api daripada bunga ap.i tersebut telah menyambar perhiasan yang terdapat di kawasan itu sehingga membuatkan api.nya semakin mara.k.

    Melihatkan a.pi yang sedang mar.ak dengan cepat, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa orang yang berada dalam majlis itu cuba berusaha untuk menyiram air ke tempat yang sedang terba.kar tersebut bagi mengawal kebak.aran. Para tetamu yang hadir kelihatan tidak lari untuk menyelamatkan diri kerana mungkin masih dalam keadaan terkejut atas kejadian itu.

    Namun begitu, selepas a.pi mulai ma.rak menya.mbar perhiasan lain yang berada di atas meja tetamu, barulah mereka panik dan berlari keluar meninggalkan dewan berkenaan. Video tersebut lantas menjadi tular di media sosial, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 800 ribu kali.

     

    Apapun, adalah amat penting untuk kita fikirkan keselamatan daripada kemeriahan untuk kepuasan semata-mata. Ramai yang inginkan kelainan tapi jangan samapi kita lupa tentang keselamatan diri kita semua ok.

    Sumber: indozone

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here