Jodoh Tak Kenal Rupa, Pengantin Comel ‘Pikul’ Suami Raih Perhatian!

    562

    Bergelar pengantin baru adalah saat paling indah dalam hidup setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Segala momen manis di majlis perkahwinan akan dikenang sepanjang hayat. Maklumlah detik bersejarah ini sekali saja dalam hidup dan akan dikenang selamanya.

    Bagi pasangan pengantin baru Nurasyidah Mokhtar, 29 tahun atau dikenali dengan Syidah Tat di FB dan suaminya Mohamad Faris Alias tidak menyangka gambar perkahwinan yang dirakam 30 Ogos lalu menjadi viral. Ini kerana dirinya dianggap pengantin paling comel gara-gara yakin memikul suaminya dengan penuh ceria.

    Menurutnya, idea bergambar ini diilhamkan atas idea dan cadangan teman-temannya dan sokongan daripada jurugambar. Disebalik kisah cinta pasangan ini, dia memberitahu telah menjalinkan hubungan dalam tempoh yang panjang dan pernah berpisah. Namun sekiranya jodoh sudah tertulis tiada apa dapat memisahkan cinta mereka berdua.

     

    “Pikul load naik gunung-ganang berhari-hari boleh tak kan la nak pikul suami sendiri tak boleh dia 53kg jer pun. Bahagi 3 dengan syitat. Alhamdulillah. Sah bergelar seorang isteri kepada seorang suami yang bernama Mohamad Farid Bin Alias. Macam tak percaya pun ada.

    “Kami bercinta 7 tahun dari syitat tingkatan 4 sampailah Syidah habis degree . Lepas tu kami break 4 tahun setengah and then getback semula hujung tahun lepas lepas sebulan, dia ajak syitat nikah. Alhamdulillah hubungan kami mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga. Benar lah jodoh itu rahsia Allah. Gambar lain menyusul nanti. Panjang lagi nak cerita ni hahaha doakan kebahagiaan kami ya ni bukan appreciation post lagi tau @ Felda Lepar Hilir 1.

    Biarpun mempunyai ukuran saiz badan bertu.buh besar, namun wanita ini sangat berkeyakinan tinggi dan dirinya sebenarnya cantik dalam cara tersendiri. Dia yang kelihatan manis mengenakan baju kurung Pahang di hari bahagianya berharap kisahnya ini dapat beri inspirasi buat wanita di luar sana. Diharapkan jangan kita fikir hanya wanita canti atau kurus sahaja yang dapat bahagia dan temui pasangan hidup. Jangan terlalu bangga, kerana semua itu hanya pinjaman sementara sahaja.

    Sumber: Mingguan Wanita

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here