“Kadang-Kadang Saya…” Wawa Zainal

    350

    Pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal mengalami gastrik melampau sehingga terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital, kelmarin akibat mengamalkan diet bagi menurunkan berat badan.

    Menurut laporan Kosmo! Online, pelakon berusia 30 tahun itu berkata diserang penyakit tersebut sehingga menyebabkan ususnya luka selepas menjalani pemeriksaan dengan menggunakan peralatan kamera.

    “Saya dah dibenarkan pulang semalam. Kena tahan wad satu malam sahaja. Sebenarnya saya sudah mengalami sakit perut sejak empat hari lalu. Saya dah makan macam-macam ubat tapi ‘tak jalan’ (sembuh).

    “Bila sakit perut jadi semakin teruk, saya dibawa ke hospital dan berjumpa dengan pakar Gastroenterologi untuk masukkan kamera dalam perut. Jadi dapat tahu gastrik saya dah luka,” katanya.

    Pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap itu berkata, dia mengakui kadang-kala tidak makan kerana terlalu sibuk menguruskan bayinya selain faktor mahu menguruskan badan.

    “Saya jaga bayi. Jadi kalau malam selalu lapar. Tapi saya tak makan sebab nak turunkan berat badan. Tak mahu makan banyak sebenarnya.

    “Lagi pun saya pernah alami gastrik tapi tidak seteruk seperti sekarang. Sehinggalah saya mengalami sakit perut yang teruk selama beberapa hari sebab usus luka,” ujarnya.

    Malah, ibu kepada empat cahaya mata itu juga memaklumkan ingin menurunkan berat sekitar empat kilogram (kg) sahaja daripada 52kg ketika ini selepas bersalin.

    Sumber: Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi) , Wawa Zainal

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here