Kali Ini Myvi Tak Bersalah, Patuh Lampu Isyarat Tapi Motosikal Pula Buat Hal!

    201

    Rasa geram pula bila orang yang lakukan kesalahan selalu terlepas tapi kita yang ikut peraturan ni selalu sangat jadi mangsa. Itulah apa yang mungkin dirasai pemandu Myvi dalam satu video kemalangan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat.

    Berdasarkan rakaman dashcam itu, sebuah kereta Myvi telah dirempuh sebuah motosikal yang melanggar lampu isyarat. Myvi berkenaan dilihat sedang membelok masuk simpang kanan sebaik sahaja lampu isyarat menunjukkan warna hijau.

    Apa yang lebih menyakitkan hati apabila ada dua kereta lain iaitu Proton Saga dan Exora telah melanggar lampu isyarat tapi selamat masuk simpang. Pemandu Myvi itu kemudian tidak terpengaruh dan masih menunggu sehingga hijau. Itulah yang kami katakan tadi orang lain buat salah boleh terlepas tapi kita yang hati-hati ni selalu jadi mangsa.

    Keadaan penunggang motosikal itu pula tidak dapat dipastikan selepas dilihat terpelanting beberapa meter. Impak rempuhan itu juga agak kuat sehingga menyebabkan kereta Myvi berpusing dan melanggar lampu isyarat.

    Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa pemandu Myvi berkenaan dan diharapkan semuanya selamat. Apapun penggunaan dashcam ini amat baik dan diharapkan agar lebih ramai rakyat Malaysia yang pasang agar setiap situasi yang berlaku dapat dirakam.

    Kredit: Sukan Star TV

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here