Lelaki Berjaya Bida Harta Sajat Yang Disita Dengan Nilai RM132,000!

    414

    Sejak bermulanya lelongan aset usahawan kontroversi, Nursajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjat Kamaruzzaman pada 10.30 pagi tadi, beberapa pembida telah hadir untuk mendapatkan barang-barang dari rumah yang beralamat di Kota Damansara itu.

    Antara barang yang disita untuk lelongan ialah barangan dapur, barangan di ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas banglo dua tingkat berkenaan. Jadi, menerusi Harian Metro, seorang lelaki telah berjaya membida barangan yang disita dengan harga RM132,000. Setakat ini, pihak peguam masih menunggu pembida untuk membuat bayaran sepenuhnya selepas proses lelongan selesai.

    Selain itu, seorang wanita yang dipercayai turut mahu menyertai bidaan tidak dapat berbuat demikian kerana proses pendaftaran untuk bidaan telah ditutup. Dia yang dilihat merayu untuk masuk namun tetap tidak dibenarkan kerana proses bidaan sudah bermula.

    Wanita dikenali sebagai Linda itu memaklumkan tertarik dengan dekorasi rumah usahawan transgender tersebut selepas melihatnya di media sosial dan turut membawa RM5,000 sebagai syarat untuk menyertai bidaan tersebut.

    “Saya tidak kisah berapa nilai barangan itu asalkan dapat (bida). Saya bukanlah pengikutnya (Sajat) di media sosial tapi selalu nampak dekorasi rumahnya melalui videonya yang tular. Tapi tiada rezeki saya untuk masuk walaupun sudah bawa deposit RM5,000 kerana dimaklumkan proses pendaftaran sudah ditutup,” katanya.

    Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here