Naim Daniel Kena Tegur Sebab Muat Naik Foto ‘Sado’!

    286

    Penyanyi yang popular dengan lagu Sumpah, Naim Daniel menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto tidak memakai baju di Instagram. Menerusi hantaran itu, Naim dilihat berdiri di samping sebuah motosikal menayangkan susuk tubuhnya yang ‘sado’. Bersama itu disertakan kapsyen ringkas ‘Go Easy On Me’.

    Meninjau ke ruangan komen, orang ramai dilihat meninggalkan pelbagai reaksi. Rata-rata meluahkan rasa terkejut dengan perubahan badan pelantun lagu ‘Sempurna’ itu. Namun, ada juga yang meluahkan rasa kurang senang dan berpendapat Naim tidak sepatutnya menunjukkan bentuk badannya kepada umum.

    Apapun, kita jangan cepat menghukum, mungkin dia rasa gambar tu tak terlebih-lebih. Tak pula yang pelik dekat gambar dia. Mungkin netizen yang tegur tu tersilap pandang atau faktor pencahayaan. Apa-apa pun kita jangan tegur orang sampai menghina mereka.

    Kredit: Instagram Naim Daniel

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here