Nota Terakhir Ibu Ini Tinggalkan Untuk Pihak Hospital, Buat Ramai Sebak!

    392

    Kasih seorang ibu membawa ke syurga! Itulah ungkapan yang sesuai digunakan bagi seorang ibu yang juga merupakan insan yang bertanggungjawab dalam membesarkan kita dengan kasih sayang. Sejak daripada kecil lagi, pelbagai pengorbanan yang dilakukan termasuklah ketika melah.irkan kita serta sanggup mengorbankan pelbagai benda dalam memberikan keselesaan kepada anak-anaknya.

    Namun, jika kehilangannya pula, ia ibarat bagai hilang seri di dunia. Walaupun begitu, insan bernama ibu masih sanggup berjasa walaupun tiada lagi di dunia ini. Baru-baru ini, seorang ibu tinggalkan warkah terakhir, raih simpati ramai. Bagaimanapun, terjadi sebuah kejadian apabila terdapat seorang ibu yang telah meninggalkan nota terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

    Menerusi perkongsian di laman Instagram, seorang ibu dikatakan telah mening.gal dunia di rumahnya yang ketika itu hanya ditemani oleh seorang anak (seorang kurang upaya) OKU. Dalam warkah tera.khir yang ditinggalkan, arw.ah telah membuat permintaan agar jenaz.ahnya dikaf.ankan serta diserahkan kepada pihak hospital oleh kerana tidak mempunyai keluarga lain.

    Lebih menyentuh hati, beliau juga turut meminta agar mukanya nanti tidak ditutup setelah dikafa.nkan dan menunjukkan kepada anaknya itu serta memaklumkan bahawa ibunya sudah mening.gal dunia. Selain itu, arw.ah juga turut meninggalkan beberapa nombor telefon serta nama-nama kenalannya bagi memudahkan pihak hospital menghubungi mereka. Bagaimanapun, tarikh serta lokasi kejadian masih tidak diketahui.

    Menerusi kapsyen di laman Instagram itu, dia turut meminta orang ramai agar mendoakannya serta berharap agar arw.ah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Menjengah pada rungan komen, rata-rata netizen dilihat turut menzahirkan rasa sebak akan perkongsian nota itu serta bersimpati terhadap nasib yang menimpa anak arwah.

    Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 800 tanda suka serta seramai 61 orang telah meninggalkan komen. Apapun, kita doakan untuk ibu ini. Dah baca jangan lupa komen dan kongsikan!

    Kredit: Instagram official_rizalhakimm

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here