“Ramai Tag Saya…” Ini Respon Dato Vida Bila Rossa Tak Kenal Siapa Iqbal!

    519

    Tularnya satu video temubual bersama penyanyi terkenal dari negara seberang, Rossa berkenaan isu dirinya dan bekas pembantu Dato’ Seri Vida, Iqbal Zulkefli. Menerusi video berkenaan, Rossa yang kelihatan agak bingung mengakui dia tidak mengenali siapa Iqbal dan mereka hanya bersua sekali sahaja semasa majlis tayangan filem Love Knots di Jakarta, Indonesia.

    Pun begitu, Iqbal yang meninggalkan komen di Instagram portal berita berkenaan berkata, dia memang berniat untuk mengenali Rossa namun itu tidak bermakna dia mahu terus berkahwin. Susulan tular isu tersebut, Dato’ Seri Vida menerusi satu video di TikTok telah memberi respon berkenaan hal tersebut selepas ramai di kalangan netizen katanya telah ‘tag’ namanya di video Rossa.

    Menerusi video berkenaan, disertakan klip saat Rossa mengatakan dia tidak mengenali Iqbal dan diikuti dengan beberapa siri video Dato’ Vida sedang ketawa berkali-kali. Uishhh lain macam ni! Rata-rata netizen yang melihat video tersebut sejujurnya agak terkejut dengan respon dari usahawan kosmetik tersebut yang ‘gelakkan’ Iqbal berkenaan isu itu.

    Namun ramai juga yang mengatakan mungkin Dato’ Vida hanya berjenaka saja dan tidak berniat pun untuk buat mana-mana pihak sakit hati. Harap-harap Iqbal janganlah terasa hati. Moga Iqbal dan DSV berbaik-baik semula walaupun bukan sebagai kekasih tapi mungkin sebagai sahabat pada masa hadapan.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here