Tahniah! Oktovia Manrose Kini Bergelar Isteri Kepada Bekas Pemain Bola!

    265

    Nampaknya ramai yang mengabadikan tarikh cantik semalam 21.12.21 dengan melangsungkan hari bahagia mereka. Selain daripada pasangan selebriti, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran, pelakon cantik Oktovia Manrose turut tidak terkecuali.

    Oktovia telah selamat bergelar isteri kepada bekas pemain bolasepak Melaka United iaitu Mohamad Khairul Efsan Mdisa dalam sebuah majlis yang diadakan di Magica Quill City Mall, Kuala Lumpur kira-kira jam 9.30 malam semalam.

    Menerusi Mstar, Oktovia telah dinikahkan sendiri bapanya yang juga penyanyi dangdut terkenal, Iwan Dangdut atau nama sebenarnya Wan Syahman Wan Yunus dengan disaksikan jurunikah.  Pasangan ini memilih baju berona putih sedondon dan majlis pula berkongsepkan tradisional dengan mengangkat tema Taman Bunga bagi menyerikan lagi majlis yang dihadiri 250 orang sahaja.

    Pihak Khairul Efsan telah memberikan mas kahwin bernilai RM80 dengan sebentuk cincin berlian kepada Oktovia berserta tiga dulang hantaran berbalas lima. Untuk makluman, Oktovia Manrose atau nama sebenarnya Wan Syahmira Putri Oktovia pernah berkahwin sebelum ini pada 2011 dan bercerai pada 2015. Menerusi perkahwinan terdahulu aktres tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki berusia 10 tahun.

    Sumber: Mstar (Ali Toupan Rajalee)

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here