Tengah ‘Shooting’ Tudung, Anzalna Nasir Tiba2 Sebak. Tapi Talita Jadi Perhatian Ramai!

    587

    Teki-teki mengenai siapakah pengganti Allahy arham Siti Sarah Raissuddin sebagai model tudung di bawah legasi milik arw ah terjawab apabila pelakon, Anzalna Nasir menjadi pilihan. Menerusi pengumuman di laman Instagram, pemilik nama Nur Anzalna Md Nasir berkata, pada mulanya dia berbelah bahagi kerana jenama tersebut sudah sinonim dengan nama dan wajah Allahya rham.

    “Alhamdulillah sejak bertudung banyak tawaran dari berbagai jenama tudung dari dalam dan luar negara tetapi @lovetahq menjadi pilihan Anzalna. Masa team @lovetahq mesej dan tanya untuk kerjasama ni, Anzalna macam berbelah bahagi sebab tudung Loveta ni memang dah sinonim dengan nama arw ah @sitisarahraissuddin. Banyak kali Anzalna tanya pendapat suami,” tulisnya.

    Malah, Anzalna mengakui gag al menahan air mata ketika melakukan sesi penggambaran kerana merindukan arwah sehingga ibu tiri Sarah, Siti Fatimah Suberi dan anak perempuan Allahyarham, Talita turut menangis.

    “Ini shoot yang sangat menye ntuh hati. Kepada team Loveta, minta maaf sekiranya Anzalna tidak dapat memberikan yang terbaik sepanjang shooting disebabkan terlalu beremosi. Anzalna sangat rindukan arwah. Al- fatihah buat ar wah,” tulis pelakon berusia 33 tahun itu.

    Terdahulu, satu video ‘teaser’ dikongsi di laman Instagram milik Siti Sarah dengan kapsyen syukur apabila berjaya menemui pengganti sesuai bagi meneruskan legasi seperti yang diimpikan Allahyarham sebelum ini.

    Sumber: Instagram Anzalna Nasir & Siti Sarah

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here