“This is Common Sense kan Tan Sri…”

    755

    Sebuah video yang dirakam di sebuah pusat pemindahan banjir di Hulu Langat, Selangor telah tular apabila ada seorang man gsa banjir di Taman Sri Nanding berani meluahkan perasaannya dan pengalaman banjir yang dihadapinya kepada Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

    Wanita tersebut menceritakan keadaan semasa mereka tersan gkut dalam banjir, Ahad lepas. Menurutnya, beliau telah menelefon kesemua agensi kerajaan dari jam 12.30 pagi sehingga 4.30 pagi, namun tiada tinda kan yang diambil. Wanita tersebut menda kwa telah menelefon Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan juga kem tentera di Sungai Besi untuk membantu penduduk di kawasan penempatan tersebut.

    Beliau mempersoalkan kenapa agensi kerajaan hanya datang pada waktu air sudah surut? Menurutnya, sewaktu keadaan sedang krit ikal, tiada satu pun agensi keraj aan yang datang membantu mereka. Kenapa agensi kerajaan datang pada pagi semasa air sudah surut. Semasa keadaan kriti kal, air dah sampai tahap bumbung rumah, tak ada sebarang agensi kerajaan datang menolong, kecuali JPAM yang difahamkan hanya menghantar tiga bot di kawasan Hulu Langat.

    Sudah tentulah tan sri, tiga bot tak mencukupi untuk menolong semua warga Hulu Langat. This is common sense, kan tan sri? Wanita ini juga memberitahu, hanya warga asing, iaitu tiga rakyat Indonesia yang datang membantu mereka dengan mendayung sampan untuk menyela matkan anak salah seorang penduduk di taman perumahan tersebut yang terperan gkap atas bumbung rumah.

    Itu yang datang menolong kami, rakyat asing. Di mana agensi kerajaan waktu itu? Menerusi video yang tersebar itu, ramai netizen yang menyokong tindakan wanita tersebut kerana berani meluahkan perasaannya kepada menteri tersebut. Semoga kerajaan akan lebih peka dengan keadaan rakyat di negara ini pada masa akan datang. Sesungguhnya, tanggungjawab kerajaan adalah untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan yang aman dan makmur.

    Kredit: Instagram

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here