Tiada Lagi Caprice Lepas Ni, Demi Isteri & Anak Tersayang!

    343

    Selepas bergelar suami dan bapa ti.ri, penyanyi rap Caprice seolah-olah membuka lembaran baru dalam kehidupan sekali gus tidak mahu lagi digelar dengan nama yang sedia ada. Dia yang juga aktiv.is kemanu.siaan kini mahu dikenali dengan nama baharu iaitu sama ada nama sebenarnya, Ariz Ramli atau ‘Dadd,ycap’.

    “Daddycap sebab sekarang saya dah jadi seorang bapa. Bapa kepada Aleesya Sofia dan anak saya pun panggil saya dengan nama itu. Atau kalian boleh panggil saya dengan nama penuh Ariz Ramli. Ini kira nama pentas baharu saya selepas sudah ke fasa perkahwinan. Jadi, tak usah panggil saya Caprice lagi selepas ini. No more,” katanya.

    Penyanyi rap berusia 33 tahun itu berkata, difahamkan tindakan menukar nama itu adalah disebabkan beberapa is.u dala.man termasuk berkaitan perniagaan miliknya. Kalau perasan, sebab itu Instagram saya sekarang guna nama ‘signbycaprice’. Sekarang ini pun, saya dah mula boleh guna akaun Instagram lama tapi nama tidak lagi Caprice. Daddycap mulai sekarang,” ujarnya.

    Bercerita mengenai alam rumah tan.gga, dia mengakui banyak situasi berbeza dilaluinya apatah lagi memiliki anak t.iri yang sudah berusia lima tahun namun menyifatkan semua itu adalah satu cabaran. Saya kenal isteri saya dah agak lama, setahun rasanya. ‘Chemistry’ itu memang dah ada. Tanggungjawab sama tetapi lebih besar sekarang. Saya kena jaga isteri dan anak baik-baik. Saya perlu memastikan Aleesya membesar dengan baik,” kongsinya.

    Bulan lalu, Daddycap berkahwin dengan ibu tunggal Farra Inalis secara senyap-senyap sebelum mengumumkan berita gembira tersebut menerusi sebuah posting di laman Instagram.

    Sumber:Instagram @signbycap & @daddycapofficial

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here