Wanita Berbaju Pengantin Sopan Bersilat Jadi Perhatian!

    331

    Majlis perkahwinan masyakarat Melayu biasanya akan ada pertunjukan silat buat pengantin. Ia bertujuan bagi meraikan pasangan mempelai di hari bahagia mereka.

    Biasanya kita akan melihat mereka yang mahir bersilat untuk memperagakan buah-buah silat dan disaksikan para tetamu yang hadir.

    Namun, ia berbeza dengan perkongsian daripada seorang pengguna TikTok dikenali sebagai iffah apabila pengantin perempuan pula yang menunjukan kemahiran bersilat di hadapan suaminya.

    Situasi tersebut bermula apabila seorang lelaki yang juga ahli keluarga pengantin perempuan ‘pura-pura’ untuk bersalaman sebelum menarik wanita itu ke hadapan dan memintanya bersilat.

    Walaupun dalam keadaan malu-malu, pengantin tetap sporting apabila mula membuka langkah di hadapan suaminya.

    Sehubungan dengan posting yang dibuat oleh pengguna TikTok itu, rata-rata warganet berasa terhibur dan sempat berseloroh dengan meminta pengantin lelaki supaya ‘berjaga-jaga’ andai isterinya sudah membuka langkah silat.

    Mereka juga sempat mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan dan mendoakan agar mereka berbahagia hingga ke syurga.

    Sumber: TikTok @i.n4yli

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here