Wanita Kongsi Tempat Menarik Di Bukit Tinggi, Pahang. Tapi Ini Pula Yang Menjadi Persoalan!

    581

    Pahang merupakan negeri yang penuh dengan pelbagai tempat menarik untuk bercuti bersama keluarga. Salah satunya adalah tempat percutian menarik bersuhu sejuk yang terletak di Daerah Bentong iaitu Bukit Tinggi.

    Namun ada juga yang menceritakan kisah seram atau pelik yang terjadi kepada mereka. Ini yang terjadi pada wanita ini yang ingin berkongsikan pengalaman dan tempat menarik yang dikunjunginya. Namun apa yang jadi perhatian bila salah satu gambarnya ada yang pelik. Tapi tiada penjelasan lanjut mengenainya.

    Bukit Tinggi merupakan destinasi pelancongan yang sangat sesuai untuk diisi bersama keluarga tersayang serta merupakan destinasi bulan madu yang terkenal di Pahang. Daya tarikan utama Bukit Tinggi adalah keadaan cuacanya yang dingin serta damai menjadikan destinasi pelancongan ke Bukit Tinggi memberikan pengalaman yang sangat berbeza daripada destinasi pelancongan yang lain.

    2) Colmar Tropicale

    Tidak kurang hebatnya seperti The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, di Colmar Tropicale anda akan berasa seperti bercuti di negara Perancis. Ini kerana, rekaan bangunan-bangunan hotel di sini seperti perkampungan bertema ala perancis ini mendapat ilhamnya dari Colmar Village Alsace, sebuah perkampungan perancis yang terkenal dengan jalan batu buntar dan bangunan peninggalan zaman Renaissance.

    Namun menurut wanita itu, dia tidak dapat nak berkongsi gambar2 semasa disana kerana gambar masih belum siap lagi. Apa yang menarik beliau juga sempat berkongsi tempat-tempat menarik yang sempat dia kunjungi sebelum kejadian pelik berlaku padanya dan suami.

    3) Horse Trails

    Sudah bercuti di tempat ala-ala Eropah, inilah masanya nak fefeeling seperti putera yang sedang menunggang kuda. Jika anda tidak pandai dan tidak pernah menunggang kuda sebelum inipun, anda tidak perlu risau. Ini kerana, di Horse Trails Bukit Tinggi, kuda-kuda disini terlatih dan jinak.

    Pihak admin di Horse Trails ini mengendalikan kelas berbeza untuk setiap tahap kemahiran dan mereka juga mengadakan kem menunggang sehari untuk mereka yang berminat. Jika anda memang sudah pandai menunggang kuda, apa kata cuba pengalaman baru dengan menunggang kuda di laluan hutan tropika hijau. Bukan senang nak dapat pengalaman berharga seperti ini.

    4) Song Yan Organic Farm

    Antara tarikan lain yang terdapat di kawasan Bukit Tinggi ialah Organic Farm yang merupakan tarikan eko-pelancongan di sini. Ia merupakan ladang sayuran segar dan anda berpeluang untuk melihat sendiri sayur–sayuran yang ditanam secara organik di sini.

    Namun begitu, tanaman di sini tidak dijual kepada para pengunjung. Walaupun begitu, anda akan disajikan dengan hidangan yang lazat menggunakan sayur–sayuran segar yang dituai dari ladang ini. Di sini, anda akan dapat melihat sendiri dan mempelajari proses menanam sayuran secara organik. Lebih menarik lagi, anda juga boleh menginap di ruang kabin yang disediakan di sini.

    Tapi apa pun, yang sebenarnya hanya gambaran yang mungkin ‘shot’ kamera pada waktu itu. Jadi sebenarnya mungkin tiada apa yang pelik pun. Harap korang janganlah mudah buat kesimpulan.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here