Wanita Kongsi Video ‘Diceraikan’, Ini Penjelas perkara Sebenar!

    195

    Tak dinafikan, penceraian merupakan satu perkara yang paling ditakuti buat mana-mana pasangan yang sudah berkahwin. Namun, keputusan berkenaan terpaksa diambil sebagai jalan penyelesaian yang terakhir bagi menyelamatkan diri dari terus hidup dalam sebuah perkahwinan yang gagal dan penuh tra.gis

    Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Nur Aziah di TikTok, berkongsi momen yang tidak akan dilupakan dalam hidupnya apabila suaminya melafaz cerai secara dalam talian.

    Walau bagaimanapun wanita berusia 22 tahun ini reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan olehnya apabila suaminya melafazkan talak satu selepas setahun mendirikan rumah tangga.

    Difahamkan wanita berkenaan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang untuk menghadiri perbicaraan mengenai penceraiannya yang berlangsung secara dalam talian.

    Di dalam video berkenaan, jelas kelihatan wanita tersebut duduk dengan tenang sambil mendengar suaminya melafazkan cerai. Dalam pada itu, dia mengatakan bahawa mereka berpisah secara baik dan menganggap jodohnya bersama bekas suami terhenti di situ sahaja.

    Di video yang lain, wanita berkenaan tampil menjelaskan mengenai video yang dimuat naik olehnya sebelum ini dan memohon maaf kepada semua pihak yang terasa hati dengan video tersebut.

    Ujarnya lagi, bekas suaminya itu sudah menjalankan tanggungjawab kepadanya dengan baik dan dia juga sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Walau bagaimanapun, dia reda dengan ujian yang dihadapi olehnya dan menganggap Allah lebih mengetahui dengan apa yang sudah terjadi.

    Sumber: azieysabell

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here