Abang Viva terima hadiah ‘superbike’ pula!

    294

    Selepas bersetuju bagi menerima ha­diah sebuah kereta pacuan empat roda (4×4) daripada seorang usahawan, wira banjir Azwan Omar dilihat menerima sebuah motosikal berkuasa tinggi pula.

    Berdasarkan dua keping foto di Facebook Icity Motoworld Sdn Bhd semalam, Azwan atau popular dipanggil Abang Viva dilihat bergambar bersama motosikal Yamaha XJ6 Diversion itu.

    Memetik artikel daripada Moto Malaya, pihak Icity Motoworld memaklumkan bahawa motosikal itu dipercayai telah disumbangkan oleh seseorang yang belum diketahui identitinya.

    Bagaimanapun, kesahihan berhubung perkara murni itu masih belum dapat dipastikan lagi. Malah, lelaki berusia 30 tahun itu juga tidak berkongsi mengenai ‘hadiah’ tersebut di akaun Facebook miliknya.

    Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bersyukur dan tumpang gembira dengan rezeki lelaki berasal dari Melaka itu atas jasa disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir sebelum ini.

    Terdahulu, Azwan mencipta fenomena di media sosial selepas tular kisahnya meletakkan bot di atas kereta Viva dan meredah beberapa kawasan banjir di Selangor bagi menyelamatkan nyawa mangsa.

    Selepas menjadi perhatian ramai, satu persatu kisah kebaikannya ‘dibongkar’ seperti pernah menjaga dua anak kakaknya yang telah meninggal dunia meskipun dia sendiri belum berkahwin.

    Sumber: Facebook Icity Motoworld Sdn Bhd , Moto Malaya

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here