Adik Pengasas Dnars Dedah Sesuatu, Buat Ramai Tak Sangka!

    370

    Adik kepada pengasas kosmetik Dnars, arwah Faziani Rohban iaitu Faizul Rohban tampil mendakwa bahawa Allahyarham pernah menyatakan hasrat untuk berce rai sewaktu hayatnya sebelum terbabit dalam kemal angan jalan raya, tiga tahun lalu.

    Menerusi pendedahan pada sebuah posting di laman Facebook, Faizul memuat naik satu video kompilasi pemergian pengasas itu dan sekeping foto suami Allahyarham bersama seorang wanita lain. Berdasarkan posting itu, Faizul membuat perbandingan antara tarikh tragedi yang berlaku terhadap arwah kakaknya iaitu pada Mei 2019 serta foto ‘mesra’ berkenaan yang mendakwa bertarikh September tahun sama.

    “Saya tidak berhujah tanpa fakta yang betul. 18.5.2019 kakak saya meningg4l dunia. Lihat gambar di sebelah tu tarikhnya bila, kan saya dah kata cinta dah lama mekar, mungkin sewaktu kakak saya hidup lagi perkara ni terjadi. Sebelum kematian kakak saya, arwah pernah berkata kepada umi. saya dan salah seorang kawan baik dia waktu itu yang dia ingin bercerai,” tulisnya.

    Difahamkan, pendedahan itu dilakukan sejurus selesai kes mahkamah membabitkan anak sulung Allahyarham iaitu Mohd Aqbar Hakim Jasman yang dilepaskan tanpa dibeb4skan atas tuduhan mengu gut bapa tirinya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim. Faizul mendakwa, terdapat usaha bagi ‘memenjaj4kan’ anak saudaranya (Mohd Aqbar Hakim Jasman) itu sehingga perlu turun naik mahkamah selama dua tahun sebelum pengadu (Ahmad Shah Rizal Ibrahim) mahu menarik semula kes.

    “Jarang saya nak dedahkan, tetapi bila melibatkan usaha memenjarakan anak saudara saya yang berumur 21 tahun ketika itu, merosakan rekod budak. Kemudian buat tuduhan dan tak datang mahkamah. Ini akibat dia. Mata bengkak lagi tu, naik kereta pun yang zaman arwah kakak saya lagi. Tapi bukan gila harta kan? Setakat nak hack akaun kita baik tak payah buat malu je,” dakwa Faizul.

    Sebelum ini, terdapat desas-desus bahawa hubungan anak-anak Allahyarham dengan bapa tiri mereka menjadi renggang selepas lelaki itu didakwa sudah berkahwin lain sekitar pertengahan 2020.

    Terdahulu, arawah Faziani meninggal dunia akibat kemalangan di Pattani, Thailand ketika dalam perjalanan ke sebuah pondok di Yala bagi memberikan sumbangan sempena bulan Ramadan.

    Sumber: Facebook Faizul Rohban , Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here