Adik Selalu Bantu Rakan Angkat Beg Sekolah Turun Tangga, Buat Ramai Terharu!

    315

    Hubungan persahabatan sememangnya penuh dengan cerita menarik. Lebih-lebih lagi jika lingkungan pertemanan dihadiri dengan orang-orang baik yang sentiasa memberikan bantuan.

    Jadi, semangat saling ingin membantu boleh dipupuk sejak kecil lagi apabila sentiasa ringan tulang dalam menghulurkan pertolongan buat rakan-rakan. Hal ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @wanie811 apabila memuat naik momen mengharukan rakan anaknya yang membantu kanak-kanak tersebut membawa beg menuruni tangga setiap hari.

    Menurut pengguna TikTok itu, rakan anaknya yang dikenali sebagai Rayyan setiap hari membantu mengangkat beg anaknya kerana beg tersebut beroda dan perlu menuruni tangga.

    Disebabkan berat dan anak kepada @wanie811 bertubuh agak kecil, Rayyan setia membantu bersama-sama membawa beg tersebut turun walaupun dia sendiri turut memikul beg sekolah. Sehubungan dengan itu, ramai yang memuji tindakan Rayyan kerana sangat baik hati memberikan bantuan kepada rakannya untuk menurunkan beg tersebut.

    Mereka juga berasa kagum dengan didikan ibu dan ayah kanak-kanak tersebut kerana dapat membentuk peribadi yang baik kepada anak sehingga mampu menghulurkan bantuan buat rakan yang dalam kesulitan. Dalam pada masa yang sama, pengguna TikTok berkenaan ada menjelaskan sebelum ini dia telah membelikan beg sandang untuk anaknya, namun anaknya hampir sahaja jatuh kebelakang kerana tidak kuat mengangkat beban buku yang dibawa.

    Jadi, dalam ruangan komen juga, ada yang masih ralat dengan situasi sekarang dimana para pelajar sekolah masih membawa buku yang banyak sehingga boleh menjejaskan kesihatan dan berharap akan ada solusi untuk masalah ini di masa hadapan.

    Sumber: TikTok @wanie811

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here