Aliff Aziz Mungkin Akan Kongsi Sedikit Untuk Jemaah Dakwahh!

    218

    Juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Aliff Aziz mungkin akan menggunakan sebahagian wang tunai RM100,000 dimenangi bagi tujuan aktiviti jemaah dakwah yang disertainya sebelum ini. Menerusi laporan Harian Metro, penyanyi berusia 31 tahun itu berkata, dia belum berfikir mengenai wang kemenangan tersebut namun akan diperuntukkan bagi perkara yang baik-baik.

    “Masih belum hadam nak buat apa dengan wang kemenangan ini. Sebahagian akan diperuntukkan untuk keluarga di Singapura, di sini dan beberapa lagi perkara lain. Doakan semuanya lancar. Banyak lagi perancangan tapi belum boleh fikir lagi,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Sayang-Sayang itu.

    Malah difahamkan, Aliff juga turut membayangkan ia juga akan digunakan untuk aktiviti jemaah dakwahnya yang dilihat aktif menyertai jemaah tabligh sebelum bermula GV8. Sementara itu, dia bersyukur apabila persembahan malam tadi dipermudahkan sehingga meraih markah tertinggi sebanyak 83.06 menewaskan peserta lain iaitu Nikki, Suki, Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera.

    “Jadi, saya cuma berharap semua peminat terhibur dengan persembahan kami dan terima keputusan dengan hati terbuka dan berpuas hati dengan pengorbanan yang diberikan oleh kami selama 10 minggu,” ujar suami kepada penyanyi, Bella Astillah itu.

    Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman) , Instagram Aliff Aziz

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here