Anak Gadis ‘BerTikTok’ Dengan Mustapha Kamal, Ramai Jejaka Nak Jadi Menantu!

    517

    Pelakon senior, Datuk Paduka Mustapha Kamal sememangnya bukan asing lagi dalam dunia hiburan. Watak lakonannya sebagai seorang pemilik syarikat sudah amat melekat dalam diri sehingga ramai yang memanggil beliau sebagai ‘daddy’ merujuk kepada watak yang dilakonkan.

    Namun begitu, disebalik watak-watak lakonan sebagai seorang bapa kepada anak yang sudah dewasa, kehidupan peribadi aktor berkenaan juga tidak jauh beza. Beliau juga telah mempunyai beberapa orang anak yang sudah dewasa dan ternyata menjadi perhatian ramai susulan salah seorang anaknya memuat naik video di aplikasi TikTok bersama pelakon tersebut.

    Menerusi video yang dimuat naik oleh @salsabil.qurani itu, dia telah mengucapkan selamat hari lahir buat bapa tersayang dan kelihatan Mustapha Kamal berada di sisinya sambil melayan anak gadisnya merakam video di aplikasi TikTok.

    Sehubungan dengan perkongsian tersebut ramai yang telah meninggalkan komen di ruangan TikTok @salsabil.qurani dengan pelbagai reaksi menghiburkan terutamanya mereka yang mencuba nasib untuk menambat hati anak kepada pelakon itu. Mereka juga sempat berseloroh dengan menggunakan dialog-dialog seperti dalam drama lakonan Mustapha Kamal.

    Sumber: TikTok @salsabil.qurani

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here