“Awak Dah Jaga Dia Bagi…”

    414

    Tak dinafikan sesetengah pasangan yang memilih jalan untuk berpisah pasti akan mengalami masalah untuk memberi nafkah kepada anak-anak sehingga dibawa ke muka pengadilan atas pengabaian nafkah yang kebiasaannya dilakukan oleh si bapa.

    Namun, tidak semua bekas suami culas membayar nafkah anak. Terdapat segelintir daripada mereka masih melaksanakan tanggungjawab serta menjaga kebajikan anak-anak walaupun sudah bercerai. Menerusi perkongsian di group Tuntutan Nafkah Anak di Facebook, seorang lelaki dikenali sebagai Hanif Malek menyatakan dia sudah memberikan nafkah lebih kepada anak-anaknya supaya hak mereka terjaga dan tidak terabai.

    Kita ni jadi ayah bagi nafkah kat anak biar tinggi. Sampai bekas isteri dengan peguam pun tak berani nak sebut apa-apa pasal nafkah anak dengan kita. Sampai tak ada siapa berani pertikaikan tanggungjawab kita.

    Bagi tinggi tapi berekod, kemas kini dalam fail. Setakat hak jagaan, hak melawat ni picisan je bagi aku. Yang penting anak tu terjaga ke tak.

    Selain daripada itu, lelaki berkenaan turut memuat naik bukti pembayaran nafkah anak dan tangkap layar perbualan bersama bekas isterinya. Walaupun sudah tidak duduk sebumbung, namun dia tetap melaksanakan tanggungjawabnya serta berterima kasih kepada bekas isteri kerana sudah menjaga kebajikan anak-anak dengan baik.

    Apa yang lebih mengagumkan lagi apabila dia secara sukarelanya mahu menguruskan segala kewangan yang melibatkan anak-anak termasuklah yuran serta pembayaran bulanan bagi penapis air di rumah bekas isterinya itu.

    Sumber : Tuntutan Nafkah Anak

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here