Baju Athisha Khan Jadi Perhatian Ramai, Gara2…

    331

    Baru-baru ini, umum mengetahui bahawa adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Athisha Khan selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Haiqal selepas 10 tahun berkenalan.

    Bagaimanapun, busana pengantin serba putih yang digayakan oleh personaliti media sosial berusia 24 tahun itu mengundang pelbagai reaksi warganet di aplikasi TikTok. Semuanya bermula selepas seorang usahawan, @farrafareez_ memuat naik video ketika menghadiri majlis perkahwinan itu yang berlangsung di di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

    Rakaman pendek berdurasi enam saat itu memaparkan Athisha beramah mesra dengan para tetamu sekali gus mengucapkan terima kasih selepas menerima ucapan selamat pengantin baharu. Video tersebut meraih 954,000 tontonan dan ratusan komen netizen dimana rata-rata meng kritik reka bentuk busana berkenaan yang dikatakan kurang sesuai digayakan sebagai raja sehari.

    Meskipun dilihat masih cantik dan menawan, namun mereka berpendapat bahawa adalah lebih manis sekiranya Athisha yang juga seorang Youtuber tampil dengan busana lebih tertutup. Sekadar info, Athisha yang juga graduan und ang-unda ng dengan perniagaan dari University of Birmingham, United Kingdom mengikat tali pertunangan pada 19 Januari lalu dalam sebuah majlis ringkas di kediamannya.

    Bagaimanapun, kelihatan Athisha Khan tidak langsung terkesan dengan kata-kata netizen yang kebanyakan mengkrit ik pakaian yang dikenakannya pada majlis perkahwinannya. Walau bagaimanapun, Athisha tidak ambil hati langsung dengan apa yang diperkatakan.

    Sumber: TikTok @farrafareez_ , Instagram Athisha Khan

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here