“Cuba Minta Tolong Tapi Tak Ada Yang Bantu..”

    73

    Video yang tular berkaitan dengan seorang remaja lelaki dimandikan seperti jenazah mendapat perhatian pelbagai pihak, terutama netizen Malaysia. Ramai yang geram dengan tindakan yang dikenakan terhadap Daniel Iskandar, kerana pada mereka, Daniel hanya ‘terdesak’ untuk mendapatkan duit tersebut.

    Daniel telah dikenakan hukuman penjara selama 10 hari dan denda sebanyak RM4,000. Menurut Mahkamah Majistret, jika tertuduh tidak mampu untuk membayar denda yang dikenakan, dia akan dipenjara selama lima bulan.

    Menerusi laporan Sinar Harian, peguam, Azman Abdullah yang mewakili Daniel secara pro bono, iaitu tanpa bayaran telah merayu kepada mahkamah untuk menjatuhi hukuman ringan terhadap tertuduh kerana tertuduh sudah insaf dan memohon maaf kepada pihak masjid dan juga mahkamah.

    Daniel merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang tinggal bersama datuknya dari usianya lapan tahun selepas kedua ibu bapanya bercerai.

    Saya dimaklumkan, alasan dia cuba mencuri adalah kerana memerlukan wang untuk membeli ubat datuknya yang menghidap penyakit kencing manis.

    Dia cuba meminta daripada orang lain tetapi mereka tidak boleh tolong. Yang Arif, tiada kerugian kerana ia hanya cubaan semata-mata, malah dia sangat memerlukan wang itu.

    Menurut Azman, tindakan yang dilakukan terhadap anak guamannya mengenai video yang viral di bilik jenazah tersebut adalah tidak wajar kerana secara tidak langsung ia memberi tekanan kepada Daniel dan juga keluarganya.

    Ada netizen yang mempersoalkan kenapa pihak masjid tidak melakukan kutipan derma untuk bantu remaja lelaki tersebut membeli ubat kencing manis buat atuknya? Kenapa harus dihukum dan diseksa sampai macam tu sekali?

    Semoga selepas ini, jika ada orang yang benar-benar terdesak memerlukan bantuan, bantulah mereka dan janganlah menghina dan menghukum mereka. Tak dinafikan, memang ada di luar sana yang sengaja menjadi ‘pencuri’ tetapi, ada juga antara mereka yang terdesak dan tiada niat untuk mencuri.

    Harap lepasni kita sama-sama boleh bantu dan meringankan beban orang disekeliling kita. Jadilah umat Islam yang berguna, yang menunjukkan ‘imej’ Islam yang sebenar.

    Kredit: Twitter | Sinar Harian

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here