DS Vida Nak ‘Sponsor’ Gigi Yassin…

    209

    Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida tampil meluahkan hasrat hati untuk menaja pelawak dan juga bekas bintang Gegar Vaganza musim ke-8, Yassin dengan membuat gigi baharu.

    Perkara tersebut dizahirkan Vida menerusi sebuah hantaran di Instagram Gempak pada Sabtu lalu di mana dia mahu Yassin lebih yakin apabila memiliki sebaris gigi yang tersusun dan cantik.

    Katanya lagi, dia bukanlah ingin menumpang populariti pelawak itu namun hanya ikhlas membantu. Saya nak taja gigi Yassin. Sayang muda-muda tak ada gigi, isteri lawa. Saya bukan nak tumpang populariti pun. Yakin, lepas ni Yassin handsome ada gigi penuh.

    Walau bagaimanapun, hasrat jutawan itu nampaknya tidak mendapat sokongan padu daripada pengguna media sosial. Kata netizen, DS Vida dikatakan sengaja mahu menumpang popular dan ‘gila glamor’.

    Boleh DM teruskan Datuk. Tak payah bagitahu semua orang dekat sini – kata netizen. Terdahulu, Yassin ada membuat ulasan mengenai penampilan isterinya yang sebelum ini tidak diketahui ramai di mana didakwa cantik dan seiras Janna Nick setelah tularnya video TikTok pasangannya itu baru-baru ini.

    Kredit: Astro Gempak

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here