Gadis Sanggup Buat Benda Ini, Untuk Jumpa Tunang Yang Dah ‘Pergi’!

    492

    Saling cinta mencintai adalah lumrah buat manusia , dan terjadinya ia kerana fitrah. Cinta kepada ibu ayah, cinta kepada anak isteri, juga cinta kepada kekasih hati. Dan kata sesetengah bijak pada bahawa cinta itu buta.

    Namun, cinta sejati hanya kepada Allah yang tidak pernah mungkir bahkan sentiasa terbalas. Justeru carilah, dekatilah dan Cintailah Allah kerana Dia adalah sumber kebahagiaan dan keselamatan yang sejati.

    Menerusi perkongsian melalui channel Bros Gang di saluran youtube baru-baru ini ada menjemput seorang gadis yang tidak mahu dikenali oleh orang ramai telah bercerita dan berkongsi pengalaman hidupnya selepas orang yang disayangi pergi secara mengejut.

    Menurutnya gadis itu, dia yang waktu itu tidak mampu untuk menerima ketentuan Ilahi yang tunangnya itu telah pergi untuk selamanya itu mencari jalan untuk bertemu dengan arwah tunangnya.

    Menurutnya juga, dia yang waktu itu masih lagi dalam keadaan yang ‘depression’ mencari ‘bomoh’ untuk mencuba nasib. Dia juga berkata waktu itu, dia langsung tidak fikir akan akibat dan apa-apa keburukan kerana dia cuma fikir ingin jumpa tunangnya.

    Selepas dia berjaya menjumpai seorang bo.moh, dia yang waktu itu sanggup ‘drive’ sendirian ke rumah bo.moh itu hanya semata ingin hajatnya tercapai. Katanya, sewaktu ditanya tak rasa takut sewaktu itu, jawabnya dia ketika itu tidak lagi fikir apa-apa lagi kerana dia memang terlalu ingin jumpa arwh tunangnya.

    Semasa sesi perjumpaan dengan b.moh, bomoh itu ada bepesan untuk meminta barang2 yang arwah yang ada padanya. Selepas itu ada juga beberapa r.tual yang dia perlu buat.

    Seperti yang diajar oleh bom.oh yang dijumpainya, dia dapat jumpa dengan arwah tunangnya. Dan perkara itu berlarutan hampir bertahun-tahun. Menurutnya, hidupnya hanya habiskan masa dengan arwah tunangnya itu. Ketika itu dia sudah tidak lagi fikir akibat, yang dia tahu dia jumpa tunangnya.

    Sehingga satu hari, hal itu diketahui oleh keluarganya. Menurutnya, dia sehingga menampar ibunya ketika itu dan dia waktu itu tidak rasa bersalah langsung. Menurutnya lagi, selepas dibawa berubat berulang kali dan hampir mencecah tahun barulah dia pulih sepenuhnya.

    “Saya rasa seperti baru sedar daripada mimpi..” Katanya kepada Bros Gang. Namun setelah pulih sepenuhnya, dia telahpun dapat menerima pemergian arw4h tunangnya. Dia juga sudah mulakan kehidupan baru.

    Apapun, tujuan cerita ini dikongsikan, bukanlah untuk memberi pengaruh tidak elok pada umum. Tetapi dia ingin dijadikan pengajaran untuk orang lain agar tidak melakukan kesilapan yang sama sepertinya. Semoga kita semua sentiasa dilindungi olehNya daripada melakukan perbuatan yang syi.rik.

    Sumber: Youtube Bros Gang

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here