Gelagat Comel Fatima Jadi Perhatian!

    973

    Pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura sememangnya kerap berkongsi momen kebersamaan dengan anak sulung mereka, Fatima Aisya.

    Baru-baru ini, mereka telah membawa Fatima bersiar-siar ke Taman Burung buat kali pertama memandangkan anak pasangan selebriti berkenaan lahir ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Tak terlepas dari melayani kerenah anak, Fattah Amin dan Fazura turut berdepan situasi sedikit panik apabila Fatima dengan lajunya membuka kasut terus mencampakkannya ke dala kolam.

    Disebabkan itu, aktor kacak tersebut terus ‘bersilat’ mendapatkan semula kasut anaknya sehingga hampir terjatuh bimbang basah terkena air.

    Situasi lucu berkenaan turut dikongsikan semula peminat mereka di TikTok dikenali sebagai @kakidrama8 dan mendapat tontonan lebih dari satu juga viewers dari warganet.

    Dapat didengar dengan jelas suara Fazura yang meminta anaknya agar tidak mencampakkan kasut ke dalam kolam namun tidak diendahkan oleh Fatima.

    Mereka turut meninggalkan komen dengan memahami perasaan sebagai ibu bapa yang mana tangan anak kecil sememangnya antara yang tercepat didunia.

    Peminat juga terhibur melihat gelagat Fattah Amin yang seakan bersilat menyelamatkan kasut anaknya dan mengelakkan diri dari terjatuh bersama si kecil itu.

    Sumber: Instagram Fattzuralovelife, TikTok @kakidrama8

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here