Gelagat Lucu Adik Ni Jadi Perhatian, Ramai Yang Terhibur!

    315

    Penduduk di pekan Bukit Selambau di sini gempar selepas tular video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang melaporkan penemuan seekor ular sawa batik di dalam longkang di pasar awam pekan itu secara langsung di Facebook (FB) miliknya semalam.

    Dalam klip video berdurasi dua minit 47 saat itu, kanak-kanak lelaki terbabit, Muhammad Hafiq Mohd. Asyraf, 11, memaklumkan, ular sewa tersebut ditemukan oleh penduduk selepas mendapati air di dalam longkang tersebut tersumbat. Aksi kanak-kanak itu ketika membuat siaran langsung FB penemuan ular tersebut mendapat perhatian netizen dalam media sosial.

    Muhammad Haziq Mohd. Asyraf melaporkan penemuan seekor ular sawa batik di dalam longkang di Pasar Awam pekan Bukit Selambau, Sungai Petani secara langsung di Facebook (FB) miliknya semalam.

    Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan ular sawa tersebut pukul 6.27 petang. Katanya, empat orang anggota Skuad Bravo APM diketuai Koperal (PA) Siti Salmah Zakaria bergegas ke lokasi dan tiba pada pukul 7.36 petang. Ular sawa sepanjang empat meter dan berat 30 kilogram akhirnya dapat ditangkap ketika berada dalam longkang di pasar itu.

    “Ular tersebut tidak berdaya lagi untuk bergerak kerana kekenyangan setelah makan sesuatu di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Azahar berkata, ular sawa yang ditangkap itu kemudian dilepas semula ke habitat asal tidak jauh dari kawasan kediaman penduduk.

    Sementara itu, seorang peniaga sayur-sayuran di pasar awam itu yang juga ibu Muhammad Hafiq, Mazlina Ahmad, 44, berkata, dia membuat aduan kepada APM mengenai penemuan ular sawa selepas menyedari bersembunyi di dalam longkang itu. Bagaimanapun, sebelum anggota APM tiba di lokasi itu, Muhammad Hafiq yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Selambau di sini memaklumkan mengenai penemuan ular sawa tersebut secara siaran langsung di Facebook miliknya

    Aksinya itu tidak sangka pula telah mendapat perhatian netizen termasuk ada yang meninggalkan komen, ‘budak ini amat dahsyat, bukan ular itu yang dahsyat’,” katanya. Rata-rata netizan sangat terhibur dengan gelagat adik berkenaan menyampaikan berita

    “Terbaik lah adil Mohd Hazik……kechik2 dah pandai jadi wartawan cilik. Masa atuk di usia adik dulu masih dok bawah ketiak mak lagi. Mandi pun telanjang lagi chmpor tinno jantan. Masa tu mana ada hand phone . Pondok talipon pun tak ada.

    Sumber: Sinar

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here