Guna Cara Ni Je Kalau Nak ‘Trace’ Password Aplikasi Kalau Terlupa,Tak Perlu Klik ‘Forgot Password’!

    210

    Sudah pasti dalam zaman moden sekarang ini, banyak urusan yang diselesaikan secara online. Oleh itu, setiap aplikasi secara online memerlukan anda untuk menyediakan kata laluan yang kuat bagi memastikan akaun aplikasi anda selamat.

    Tetapi, menjadi masalahnya adalah apabila terlampau banyak aplikasi yang digunakan sehinggalah terlupa kata laluan yang mana satu digunakan. Akhirnya, dalam keadaan sibuk nak buat urusan terpaksa serabut dengan urusan terlupa kata laluan pula!

    Oleh itu, terdapat satu perkongsian di laman Tiktok @hafizi.zain yang berkongsikan cara untuk anda ‘trace’ kata laluan atau password yang digunakan. Tak payah klik ‘forgot password’!

    Pergi ke apps Google Chrome yang digunakan untuk layari laman web. Tekan titik 3 di bahagian atas kanan. Scroll ke bawah dan klik Setting.

    Pilih password. Nanti akan tersenarai semua website bersama password yang pernah kita masukkan sebelum ini. Klik laman web yang kita lupa password. Klik lambang ‘mata’ untuk lihat password tersebut.

    Sumber: Tiktok @hafizi.zain

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here