Hias Kereta Jaguar Dengan Mainan ‘Hot Wheel’Sehingga Viral , Ini Fakta Menarik Jejaka Yang Menambat Hati Heliza Helmi.

    636

    Penyanyi, Heliza Helmi, 36, dikatakan mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan yang juga dipercayai jutawan bergelar Datuk. Berita mengenai perkahwinan itu dimaklumkan seorang pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di laman Instagramnya, mohdizharariff_official hari ini yang turut memuat naik gambar pasangan tersebut.

    “Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah. Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian… Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di luar kawasan… Esok kita jumpa ya,” tulis Mohd Izhar. Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman yang merupakan pengasas Financial Genius Group ({FGG) telah di anugerahkan dengan Anugerah The Jewels of Muslim World 2019 daripada majalah The OIC Today.

    Perunding kewangan yang cukup popular Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman antara anak melayu yang telah mencapai kejayaan pada usia yang sangat muda. Rentetan daripada kecemerlangan beliau, tidak hairanlah begitu banyak pengiktirafan yang beliau perolehi seperti Top CEO Award 2004, Youngest Million Dollar Producer, Youngest Agency Manager (CIMB) dan yang terkini Anugerah The Jewels of Muslim World 2019.

    Ok jom kita berkenalan dengan Dato’ Sri Mahadi. Beliau adalah pengasas Financial Genius Group (FGG) yang telah memulakan kerjaya sebagai perunding kewangan sejak berumur 21 tahun dan kini pada umur 37 tahun, beliau telah mencatat sejarah sebagai penerima termuda Anugerah The Jewels of Muslim World.

    Seronok dengar perkongsian yang sangat positif dari Dato’ Sri Mahadi, tentang bagaimana beliau bermula, kenapa beliau bermula, bagaimana beliau menangani jatuh bangun sebuah perjuangan demi menuju kejayaan dan paling Misz-ella suka adalah apabila beliau menjadikan ibu beliau sebagai sumber inspirasi untuk berjaya.

    Bila ditanya apakah perasaan beliau apabila diberi pengiktirafan setaraf dengan personaliti terkenal bertaraf dunia ini .. jawapan beliau adalah Syukur ke hadrat Allah SWT dan semoga kejayaan ini bakal membuka jambatan perhubungan bagi membolehkan beliau melangkah jauh membawa nama FGG ke persada antarabangsa. Dengar khabar, Dato’ Sri Mahadi dah dapat jemputan dari tiga negara untuk berkongsi ilmu yang beliau ada untuk masyarat di sana.

    Dato’ Sri Mahadi juga dijemput untuk menyampaikan World Class Talk bertajuk “Fundamental Components to Forge 21St Century Leaders” dihadapan lebih 100 peserta dari 57 buah negara Islam. Sesi penyampaian tersebut telah berlangsung selama satu jam bermula jam 3:45 petang dan berakhir pada jam 4:45 petang. Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman telah berkongsi beberapa tips penting dan rahsia untuk membentuk pemimpin Abad-21 yang kental, berdaya saing dan mampu mengharungi cabaran dunia hari ini.

    Financial Genius Group (FGG) turut mengambil peluang untuk memperkenalkan organisasi ini kepada umum dengan menyertai pameran yang diadakan sepanjang 3 hari Muslim World Biz 2019. Dia juga pernah viral pada tahun 2017 selepas kereta mewah Jaguar miliknya di hiasi 4600 buah kereta mainan ‘hotwheel’.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here