Ikut Sunnah Makan Sambil Duduk, Ramai Suka Cara Heliza Helmi!

    255

    Perkahwinan selebriti dan aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi dengan pengasas kepada Founder dan Presiden AUF BMZ iaitu Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman pagi tadi sememangnya satu khabar gembira di awal tahun 2022 ini.

    Srikandi yang kerap menyertai misi kemanusiaan baik dalam dan luar negara ini selamat bergelar isteri pada usia 35 tahun. Gambar dan video majlis pernikahan mereka telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata tertarik dengan momen bahagia pasangan ini kerana penuh dengan keberkatan.

    Paling mencuri perhatian adalah pasangan pengantin melazimi sunnah dengan duduk semasa menjamah pulut kuning yang disuap oleh pasangan.

    Walaupun perkara tersebut merupakan hal kecil dalam sesebuah majlis perkahwinan, namun ia telah mendapat perhatian dan ramai yang meninggalkan komen dengan memuji tindakan berkenaan.

    Dapat dilihat Heliza dan pasangannya bertukar tempat ketika mahu meyuap pulut kuning untuk dijamah. Biasa tengok acara suap menyuap berdiri

    Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ada beberapa warganet telah meninggalkan komen ke atas video-video berkenaan. Mereka memaklumkan yang sunnah makan sambil duduk walaupun kelihatan kecil namun besar pahalanya.

    Semoga perkahwinan yang terbina dengan penuh doa ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Tahniah Datin Sri Heliza Helmi dan Dato’ Sri Mahadi BZ.

    Sumber: TikTok @hasyyatizddin, Instagram @thehelmisworrior

     

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here