Ini Komen Kawan Dan Isteri Fizo Omar, Lepas Tular Gambar Cikyam Sendirian!

    136

    Semalam, Fizo Omar telah pun menafikan dakwaan bahawa pihaknya dan isteri mengabaikan Wan Maryam ketika bercuti di sebuah taman tema baru-baru ini. Bagaimanapun, Mawar Karim belum mengulas lanjut tentang sekeping gambar memaparkan Maryam bersendirian yang dikirim oleh seorang individu dipercayai turut berada di taman tema tersebut.

    Terbaru, Dr. Hannan Yusof menerusi hantaran terbaru di Instagram berharap semua pihak agar berhenti burukkan keluarga Fizo Omar. Foto yang memaparkan Maryam seorang diri ketika bercuti yang dikirim oleh seseorang kepada bekas isteri rakannya itu diakui menimbulkan banyak fitnah, kononnya sebab nak honeymoon dengan isteri baharu.

    Beliau turut mempersoal netizen adakah Fizo Omar pernah membuat sebarang kenyataan buruk terhadap bekas isterinya selama mereka berpisah. Hal ini kerana dia cukup menghorm4ti statusnya sebagai ibu Maryam, justeru perkara sedemikian sama seperti mengaibkan anak sendiri juga. Selain itu, Dr. Hannan menegaskan bahawa adalah tidak logik untuk kanak-kanak berusia 5 tahun tersebut dibiar bersendirian tatkala seisi keluarga Fizo turut datang bersama.

    Menurut Dr. Hannan:

    “Pagi ni saya terkejut tengok satu artikel pasal fizo Omar tinggalkan anak sorang2 ketika diorang pergi holiday kat Legoland weekend lepas. Geleng kepala saya tengok gambar Cikyam sorang2. Geleng kepala sebab gambar tu menimbulkan banyak fitnah yang tak masuk akal. Sebab gambar tu, timbul fitnah Fizo tinggal anak sebab nak ‘honeymoon’ dengan isteri baru. Kalau kena kat saya, best saya nak saman sekor2 ni.”

    Menurutnya lagi, sebagai seorang kawan, saya faham sangat situasi beliau dengan bekas isteri. Dan saya juga amat tahu bertapa sayangnya Fizo kat anak perempuan dia itu. Bertapa dia banyak berkorban untuk Cikyam korang semua tak tahu.

    “Aku nak tanya korang satu je, pernah tak korang dengar Fizo buat statement buruk pasal ex wife dia? Pernah sekali tak? Aku jamin tak pernah. Sebab apa? Sebab dia hormat ex wife dia sebagai mak kepada Cikyam. Kalau dia malukan mak Cikyam, sama macam malukan anak sendiri, sebab itu dia pilih untuk diam.”

    “Mana logik Fizo tinggalkan anak dia sorang2. Dia bukan pergi ‘holiday’ dengan isteri baru dan Cikyam je, ramai lagi ikut. Mak dia ada, adik Fizo and family pun ada, cousin2 Cikyam pun ada. Semua tu sayang Cikyam, takkan lah ramai2 tu nak tinggal Cikyam Sorang2. On top of that, keluarga diorang masuk situ, ada staff yang ikut family diorang datang sebagai ‘VVIP GUEST’. Korang ingat pihak Legoland nak biar Cikyam sesat sorang2. Please la netizen, check dulu betul2 sebelum komen.”

    Dr. Hannan bagaimanapun jelaskan bahawa dirinya bukan mahu campur urusan rumah tangga mereka, cuma tidak boleh berdiam lagi apabila Maryam turut ‘terheret’ sekali dalam spekulasi tidak benar tersebut. Justeru itu beliau berharap netizen tidak sibuk dengan urusan keluarga mereka, sebaliknya titipkan doa yang baik-baik saja.

    “Saya tiada niat nak campur urusan family mereka, banyak kali dah saya terasa hati bila orang cakap macam2 pasal Fizo, tapi selama ni saya diam sahaja sebab Fizo dah besar, dia boleh ‘Handle’ semua tu, tapi bila korang libatkan Cikyam, saya tak boleh diam diri lagi. Sebagai netizen, kalau kita tak ada perkara baik nak cakap pasal ‘family’ orang, diam sudahlah. Urusan rumah tangga orang kita tak perlu sibuk2. Kita doakan yang baik-baik. Semua orang ada masalah. Kita jangan besarkan masalah orang. Semoga Allah melindungi dengan memberkati kita semua”

    Bukan setakat itu sahaja, terbaru, Fazeera memuat naik satu video ke Instagram yang memaparkan detik bercuti dengan keluarganya di taman tema itu. Melalui kapsyen pula, dia meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan ramai ahli keluarga baru selepas berkahwin dengan Fizo Omar terutamanya Maryam. Walaupun dia akui jarang berkongsi tentang kehidupan peribadi terutamanya melibatkan keluarga ke media sosial, namun ia bukanlah mengukur kasih sayangnya terhadap mereka.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here