Kisah Rider Bawa Anak Hantar Makanan, Ebit Lew Tampil Bantu!

    136

    Terdahulu, viral di media sosial kisah seorang penghantar makanan yang terpaksa membawa anak ketika bekerja. Menerusi video itu, Puan Azimah dilihat menggendong anak yang kurang upaya cacat penglihatan menggunakan baby carrier.

    Prihatin dengan kesusahan yang ditanggung Azimah, penceramah bebas Ustaz Ebit Lew tampil membantunya. Difahamkan Azimah ada memohon rumah PPR (Projek Perumahan Rakyat) tapi rezeki belum berpihak kepadanya.

    Motor pun masih berhutang. Syukur pada Allah. Kami dapat carikan rumah buat akak ni. Tak perlu bayar kerana kami akan bayarkan. Selain rumah sewa, Ebit Lew membelikan Azimah dan anak baju raya beserta barang keperluan rumah seperti peti ais, mesin basuh, periuk nasi elektrik, almari dan tilam.

    Tambah beliau lagi, ketika berjumpa, si kecil itu kelihatan sangat aktif dan manja. Jelas Azimah mereka memang rapat dan akan berdua ke mana-mana. Memetik laporan mStar, anak Azimah telah disahkan ca cat penglihatan sejak lahir. Dia terpaksa membawa anak semasa bekerja kerana tiada pengasuh yang sanggup menjaganya.

    Apapun kita doakan semoga akak ni dipermudahkan urusannya. Tabah sungguh dia menjaga anak dan bekerja untuk kelangsungan hidup.

    Kredit: Instagram Ebit Lew | mStar

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here