Kronologi ‘Pemergian’ Abang Ali, Ramai Yang Terkejut!

    445

    Jika kita sering mengikuti isu semasa, pasti mengenali beberapa individu yang begitu lantang dalam membanteras ‘lintah darat’ atau ah long di Malaysia. Salah satunya ialah Ali bin Salimin atau lebih dikenali sebagai Abang Ali. Dia yang terlibat dalam Persatuan Semboyan Malaysia antara yang paling lantang dalam membantu melindungi sesetengah pihak yang terpera ngkap dengan pinjaman dari pihak ahlong.

    Walau bagaimanapun, menerusi makluman yang diperoleh daripada salah seorang aktivis masyarakat yang juga antara penggerak Persatuan Semboyan Malaysia iaitu Saudara Yusuf Azmi, dia telah menyampaikan khabar duka apabila abang Ali sudah mening gal dunia.

    Hal tersebut dinyatakan Yusuf dalam nada sebegitu sebak dan sedang menuju ke Hospital Muar untuk membantu menguruskan jenazah allahyarham. Difahamkan, Allahyarham Abang Ali yang menunggang motosikan berkuasa besar, Harley Davidson telah mengalami kemala ngan jalan raya di Lebuhraya PLUS Dekat Tangkak, johor.

    Media sosial juga telah dipenuhi dengan berita pemergiannya dan rata-rata mengakui terkejut dengan berita duka ini. Oleh hal yang demikian, mereka telah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh allahyarham Abang Ali ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

    Sumber: FB Yusuf Azmi, Rahmad TheCrow

     

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here