Matin Tak Mahu Ibu Baru, Takut Nanti Wanita Itu Hanya Mahu Duit Shuib!

    332

    Telatah anak kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Ariq Matin mengundang rasa lucu warganet apabila disoal berhubung pengganti ibunya Allahyarham Siti Sarah. Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram milik arwah, kanak-kanak berusia enam tahun itu ditanya mengenai sebab dia tidak mahu mempunyai ibu tiri di masa akan datang.

    “Kenapa tak nak ibu tiri lagi? Jawapan Matin. Korang rasa macam mana ni? Tak tau nak jawap apa,” tulis kapsyen tersebut. Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, ia adalah ‘pembaziran’ dengan mengatakan gerangan bakal ibu tiri akan mengikis wang ringgit milik bapanya

    “Bazir… nak tahu kenapa? Nanti perempuan tu minta duit dekat daddy! Nanti kita jadi miskin,” katanya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan jawapan diberikan Matin yang disifatkan jujur selain berfikiran jauh sebelum menerima bakal ibu tiri jika bapanya ditakdirkan bertemu jodoh.

    Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dilaporkan sedang mengenali seseorang namun menyerahkan urusan jodoh kepada Allah SWT.

    Sumber: Instagram Siti Sarah

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here