Nora Danish makan malam, Lain Pula Yang Jadi Perhatian!

    621

    Sebut sahaja nama Nora Danish, pasti mengetahui berhubung kontroversi dilakukan sebelum ini seperti tampil berpakaian ‘daring’, mandi buih bersama suami dan macam-macam lagi.

    Terbaharu, Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif sekali lagi mengundang perhatian warga Instagram apabila memuat naik foto menikmati makan malam di sebuah restoran.

    Bukan hanya dengan suaminya Nedim Nazri, malah pelakon berusia 39 tahun itu dilihat meluangkan masa bersantai bersama beberapa rakan lain yang membawa pasangan masing-masing.

    Menerusi ruangan komen, ramai memberikan reaksi positif dengan memuji penampilan masing-masing yang dilihat hebat dan menarik.

    Bagaimanapun, ada juga terselit komen yang mempersoalkan mengenai perhiasan rak yang dipenuhi botol minuman di restoran tersebut.

    Namun, tidak dapat dipastikan sama ada botol-botol berkenaan adalah minuman berakho.hol atau sebaliknya. Tapi jika dilihat, atas meja Nora hanya kelihatan minuman Coca-Cola sahaja.

    Sumber: Instagram Nora Danish

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here