Penampilan Berniqab Diana Amir Jadi Perhatian Ramai!

    166

    Pelakon yang pernah membintangi filem Aku Masih Dara, Diana Amir dilihat semakin istiqomah dengan penampilan terbarunya apabila dilihat sudah mulai memakai niqab menerusi Instagram peribadinya.

    Walau bagaimanapun, Diana memaklumkan agak segan untuk berkongsi mengenai isu niqab. Jadi dia memohon orang ramai agar mendoakannya untuk terus membuka hati belajar tentang agama dengan lebih dalam.

    “Sebenarnya sy segan nak kupas isu niqab ni, kalau ada org tanya sy hanya minta mereka doakan sy.. jadi mohon sahabat2 yang berhati mulia doakanlah sy yang banyak lg nak belajar ni diberi kefakihan agama, taufiq dan hidayah daripada Allah SWT, Amin Ya Mujib” tulisnya. Diana juga turut memuat naik video temu bual bersama majalah Hijabista yang mana dia mengakui memakai niqab atas sebab mahu mencari keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T.

    Tak hanya itu, dia juga menjelaskan bahawa berniqab merupakan salah satu fasa dalam kehidupannya dan mendoakan agar orang ramai terus mendoakannya. Ini salah satu fasa untuk saya nak dekatkan diri dengan Allah, jadi saya harap doakan yang terbaik. “Yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan paling penting hati saya melakukan apa-apa saja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahitaala. Semoga mendapat rahmat Allah,” katanya.

    Menyentuh sedikit tentang perjalanan istiqomahnya, Diana memaklumkan yang dia mencari hikmah dalam tindakan yang dilakukan agar terus dipermudahkan oleh Allah S.W.T Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dirinya sendiri. Kalau niat dia kerana Allah, insya-Allah kita berjalan kepada Allah. “Allah akan ‘berlari ‘nak bantu kita. Nak dekatkan diri kita peada Allah.”

    “Jadi, saya rasa sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ni haruslah bersangka baik dengan Allah. “Kalau kita dapat yang buruk-buruk kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabaran. Tapi kalau kita istiqomah, cari apa hikmahnya kita akan dapat,” tambahnya. Untuk makluman, Diana Amir mulai bertudung sekitar tahun 2011 dan telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dengan Mohd Habibbullah A Rahman. Sepanjang 9 tahun mendirikan rumah tangga, Diana dan suami telah dikurniakan tiga orang anak ang berusia tujuh hingga empat tahun.

    Sumber: Instagram hijabistamag, Diana Amir

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here